pintu, hati dan kasih

saya reward diri dengan membloggingkan diri dgn artikel ini...
setelah sepagi menghadap pending job yang patut dihantar semalam
alhamdulillah,,,dapat juga diserahkan..

saya terfikir tentang tajuk ni semenjak hari kejadian lagi
pada hari kejadian, saya terpaksa isi minyak kancil saya dgn budak2
biasanya,,,dan sebolehnya,,,sya akan isi minyak keta ketika ketiadaan kanak2 di sisi
tetapi sebab minyak dah E dan saya trauma dgn kereta kehabisan minyak..
so terpaksa drop petron, stesen kegemaran sya utk isi minyak.

alkisah, bila nak isi minyak, si rania mmg sgt suka
kadang minyak penuh lagi pun
dia akn tanya,,,mama x isi minyak?
agaknya dia suka singgah la..dapat pau,,,cukai jajan kat petron tu
saya jarang juga tinggalkan bdk2 dalm kereta dan saya ke terminal utk bayar
biasanya saya angkut mana yang ada ke terminal skali
so dalam angkutan itu, mungkin dan pastilah ada yg tersangkut jajan bagai kannn

hari tu saya bimbing rania dan dukung deqna
terkial2 saya sampai ke pintu kedai minyak
ada seorang lelaki mahu kebetulan keluar ketika saya nak masuk
so adalah adegan buka pintu
saya menolak daun pintu dari luar
dan lelaki tadi menarik daun pintu dari dalam
adegan biasa utk sesiapa yg nak masuk dan keluar lah kan
ibaratnya kalau saya tak ada di situ pun..lelaki itu bisa keluar
dan bila lelaki itu tiada di situ pun..
saya bisa masuk...
saya dapat masuk dengan anggapan daun pintu itu sy yang usahakan sendiri utk tolak

kami berselisih masuk-keluar
saya secara otomatik menundukkn sedikit kepala dan sempat senyum
tiba2 terdengar agak kuat lelaki tadi mengucapkan "terima kasih"
trus sentap di hati saya!

alamak, dia perli aku ke
agaknya dia ingat dia bantu aku buka pintu kot
pastu aku tak ucap trima kasih
lantas nah....terima kasih sinis kutrima
kusangkakan,,ku dapat masuk kerana  daun pintu itu daku yang usahakan sendiri utk tolak
rupanya...lelaki itu menyakakan pula bahawa..daku dapat masuk kerana daun pintu itu dia yang usahakan utk tolak
huuuuuu

bila difikirkan, keadaan itu mungkin boleh dibaca dgn segala macam kemungkinan
tetapi itulah pikiran yg terlekat di kepala saya waktu tu
saya yakin, lelaki tadi perli saya
aduhhhh ralat rasa hati
sebab sya dah senyum tadi, n anggukkan kepala tanda terima kasih lagi
mungkin di x prasan senyuman saya mungkin
manusia....siapa nak mengaku salah?
semua betulll belaka

saya letakkan diri pada tempat lelaki tadi
kadang sy tiba angin,,,sinikal juga saya...heheh
mungkin saya pun akan berbuat yang sama spt lelaki tadi..

moral:
jika saya adalah diri saya utk situasi yg sama pada masa yg akan datang....

1-selalulah ucap terima kasih, body language mungkin x nampak.
2-lebih baik, ucap terima kasih + senyum + anggukan kepala

dan...

jika saya adalah lelaki itu pula utk situasi yg sama pada masa yg akan datang....

1-ikhlaskan hati dan perbuatan, janganlah berbuat baik dengan mengimpikan balasan spt ucapan terima kasih
2-bersangka baiklah, mungkin org yg anda bantu sngt appreciate bantuan anda walau tanpa perkataan atau perbuatan yg membutikan apresiasi itu.


{مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ} [الأنعام: 160]
Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; Dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan). [Al-An’aam:160]

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..