bento untuk sayang mama





"Bento is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container"..wikipedia



teringat zaman sekolah dulu, saya adalah satu satunya spesis yang jarang ke kantin. sebab saya suka bawa bekal @ bonda dah train sy untuk bawa bekal @ dibekalkan oleh bonda. bonda biasanya bekalkan nasi lemak (bonda sendiri masak). saya akan bawa air kosong atau air sarsi atau air milo (selalunya air kosong saja sebab bila air manis tumpah...leceh).



seingat saya, saya tidak pernah protes dengan bekal dibekalkan bonda, saya makan dengan akur malah tidak pula merasakan tarikan kantin sekolah itu hebat...biasa2 saja. boleh dikira, berapa kali setahun saya ke kantin (itupun ke kantin kerana naik stage ambil hadiah-majlis penyampaian hadiah diadakan di kantin sebab sekolah belum ada hall...heheh)



entah spesis macam saya masih wujud atau tidak, hatta anak saya sendiri pun sekarang memang menjadi rakan kantin =). bawa RM2, RM2 habis, bawa RM4, RM4 habis hatta memang rakuslah kantin itu menelan belanja.



saya suka round kedai RM2..kadang banyak barang praktikal boleh kedapatan di situ hanya dengan kos RM2, saya suka!!tternampak pada suatu hari bekas bekal bercompartment, haa sebijik bekas di bawah ni. harganya tertera RM2.16. saya capai 2, satu untuk kak long satu untuk kak ngah. dalam kepala "boleh buat bento ni",





enche suami dah lama ada hint saya untuk beri budak bawa bekal, tapi dek kesibukan (sambung belajarla konon)...saranan itu saya bawa bersama sehingga saat ini. nah, cuti belajar dah kesampaian, so rasa macam ada masa dan sedikit fokus, cumanya untuk membentokan diri, harusssslah bangun awal, sebab budak2 akan ke sekolah 630am,,jadi mama kene lebihhhh awal hokey.




so saya gugel la images bento yg ada untuk dapat idea. first bento saya cumalah nasi, karot, telur dadar, nugget ikan dan sos. bento kedua menyusul hari berikutnya: mee dan ketam ball, mangga dan chicken fingger+sos. 





happy jugak rupanya, rasa macam seorang ibu berguna lagi sejati gitu. ibu2 cubalah untuk rasa perasaan istimewa ini.



anak-anak sangat suka!itu yang mengujakan. (sebenarnya mereka pun tak hadap sangat dengan lauk kantin-ibaratnya air tangan ibu lagi elok hatta ibu hanya masak nasi kosong plus goreng nugget ready made je pon-betul tak)




kak long tanya: mama, apa bento hari ni. kak ngah pula kata, kak kngah mkn habis mama! bersinar2 mata saya ketika itu plus terharu lantas semangat membento makin berkobar!




saya tepek di wall fb, ramai kawan yang selama ni diam, memberi respon, semakin suka saya, dapat modal baru nak posting...bukan nak tunjuk bagus pun, saja sesuka....ada skit kelainan...sebenarnya bento ni lebih kpd menunaikan tanggungjawab sosial kpd anak2 sekolah...insyaAllah bila makanan dibekalkan sihat lagi menggembirakan, anak2 akan turut cerdas dan memberikan prestasi yang memberangsangkan..kann...insyaAllah



jom bento!



salam sayang



rose

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..