Kuih Sod Baa Raa Ramadhan


kuih apa yang sedap Ramadhan ni
tanya si miss 4 Rania
Rania suka makan kuih sosej...hahah sosej,,bukan kuih
sebab banyak kuih dijual di Bazaar
so dia tanya

itulah julung kali bawak anak ke Bazaar
faktor keselamatan satu
faktor nak berjalan tu tak larat
nak pegi ok
bab nak balik tu
rasa macam nk duduk n berbuka kat situ

ohh jawapan pada persoalan kuih sedap tadi
saya lantas jawab pada budak 4 tahun
kuih sod baa raa - lah yang paaaaaaaling sedap
Rania sebut balik dengan perlahan
sod-baa-raa (?)
ada tanda seru gitu
ye...kuih sod-ba-raa

kuih apa tu? 
soalan bola tanggung
sudah kuagak..heheh

nak tengok nak tengok kuih tu
haaa sudah!

ok balik nanti Nia tanya abah ok..
haaaa jawapan selamat nampak....

berjaya balik rumah dengan juadah
tapi tanpa kuih sodd-baa -raa
nia trus tnya abahnya
abah kuih sod baa raa tu kuih apa

agak kecengangan encik suami
and then he got it very fast
sambil menjeling of kos

nasib baik dilayannya budak yng eager nak tau tu

dia tanya
knapa nia nak tau...
nia nk rasa la
sebab mama kata sedap

hahahah
agak2 kalau diberitahu mana kuih sod ba raa tu mesti tak tersampai dek aqalmu gitu
encik suami tunjuk kan kuih ni...



kuih ni aja yg dibeli pada hari tu....
inilah kuih sod baa raa...tada

(encik suami hampir pulas telinga saya)
sambil tanya,,
apakah gerangan pengajaran yang nk disampaikan pada budak 4 thn itu

kata saya, Nia dah tahu sedapnya kuih sodd-baa-raa
saat dia mampu s.a.b.a.r dari menyampaikan diri dari bazar ke rumah--bertemu abahnya dan mendapat tahu apa itu kuih sod-baa-raa

"emmm tinggi sangat falsafah mama"
kata encik suami menamatkan sesi iftar kami malam itu...

(bakal doktor falsampah la katakan...kene thrill lah sikit)
(mungkin later, saat Nia dah besar nanti, boleh baca posting ni, mesti Nia gelak kan...dapat mama yang kunun berfalsampah...tapi betul nak...kuih yang paling sedap pada Ramadhan ialah SABAR)



SALAM PhD , JUN2016

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..