Puding laici dan pai sherperd

wanmutiara.wordpress

Ramadhan Kareem
Marhaban Ya Ramadhan....

sambutan pra Ramadhan telah bermula
masing-masing dah update resepi
persiapan menyedia juadah buat tersayang ketika iftar dan suhoor,,,

semalam...
ada sahabat yang dah 2-3 kali request nak datang rumah
dengan alasan ...lama tak jumpa
sungguh ...hampir bebelas tahun selepas grad
kami hanya jumpa di FB dan whatsapp

tapi takkanlah nak tunggu ada alasan baru nak datang
ye tak?
sy straight forward bagitau yang saya tak available hari tu
sambil baca whatsapp...mulut report pada  encik suami
hari tu hari sabtu...
saya aulakan program encik suami pada sabtu itu

tiba tiba encik suami melontar sesuatu yang buat saya terkejut
"...suruh dia datang pagi esk
breakfast kat rumah kita"
sebab tengahari dah nak balik shah alam
sebab ada diskusi penting dengan bonda mertua

saya dalam puzzle membalas whatsapp sperti diminta
dalam hati...alahaiiiii
(tak baik perasaan gitu...jangan tiru ye...itu kelemahan saya)
sebaiknya...meraikan tetamu
tetamu membawa rahmat...

lagi saya terkejut

"mama nak masak apa esok kawan mama datang?"

tanya encik suami
(em niat hati, beli je nasi lemak n kuih, atau roti canai dan bancuh kopi)

"mama buat la sherperd pie dengan triffle pudding!"

adakah itu arahan???
kenapa?
kawan saya kot?
bukan kawan dia...?
redho jelah

malam sabtu itu...
aktiviti memuding dan men sherperd tidak ada tanda-tanda
dek kepenatan
dah pasrah dan stick to the plan...beli!
pagi tu lepas subuh encik suami gesa saya ke dapur
dengan hati berbelah bagi
saya gagahkan juga intai bahan

"abah...
bahan sherperd ada...
tapi bahan triffle pudding x cukup
mama buat apa yang ada ye"

malas nak turun kedai

saya buat sherperd pie + puding laici

puding laici

larutkan sepeket agar-agar pintal dengan 2 gelas air
dah larut, masukkan satu tin susu cair
masukkan satu tin laici beserta sirapnya
tambah gula perang semanis rasa
sedikit mendidih,,angkat dan tuang serta sejukkan
(saya tuang dalam bekas bunga-bunga dan 
sebahagian ditakung sahaja dalam tipuware 4 segi)

sherperd pie

4 biji kentang rebus dan lenyekkan
hiris cendawan butang satu tin
tumis bwg putih
masukkan daging ayam hancur ramly
daging masak masukkan sos prego 
masukkan bancuhan mushroom soup
tabur mix herb
campur fresh tomatoes
campur hirisan cendawan butang
masukkan gula dan garam secukup rasa
tuang dalam bekas
layerkan kentang lenyek di atasnya
on d top letakkan cheese slices dgn parutan mozarella cheese
bakar dlm oven selama 10 minit
bila cheese cair dan keperangan boleh serve

kawan saya datang sejam selepas dijanjikan
encik suami belikan juga nasi lemak dan roti canai
bila saya serve pai dan puding
keduanya langsai terlebih dahulu
sedang roti canai dan nasi lemak ada berbaki
muka encik suami tersenyum puas
puas meraikan tetamu saya

sepatah encik suami puji

"mama kalau masak untuk tetamu
sedap lain macam"

"sebab tu abah suka kalau tetamu datang"

hoho tima kasih (sambil blushing)

alangkah lebih sedap makanan itu ...
jika saya prepare dengan lebih keikhlasan
kannn?
(sebab nmpk nau kurang ikhlasnya)
hehhe

dan kawan saya tu sebenarnya 
datang nak demo penapis air...
sabar sajalah....(-_-)
ikhlaskan sajalah...

8888888888888

Memuliakan Tetamu

Orang beriman muliakan tetamu

SETIAP individu pasti pernah didatangi tetamu. Tetamu yang datang berkunjung ke rumah pastinya dengan hajat dan keperluan tertentu. Islam amat menitikberatkan hubungan antara sesama manusia.
Justeru, sejak daripada awal Islam menggariskan adab bagi memuliakan tetamu ke rumah.

Tetamu yang datang adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab ke atas tetamu selama berada di rumahnya serta wajib menafkahkan sebahagian rezekinya buat tetamu itu.
Dengan menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya, ia menjadikan seseorang Muslim itu memiliki iman yang sempurna apatah lagi tetamu itu saudara seagama.

Namun, tetamu bukan Islam turut mendapat layanan yang sama daripada tuan rumah beragama Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).
Menghormati dan memuliakan tetamu adalah sunnah rasul dan nabi. Malah, Nabi Ibrahim a.s adalah antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu dengan hati terbuka dan melayani mereka dengan baik.

Allah s.w.t merakamkan perihal Nabi Ibrahim a.s ini menerusi firman-Nya bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27).
Hakikatnya, amalan menghormati tetamu bukan saja menunjukkan ciri-ciri perilaku terpuji, malah berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:
– Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis
– Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.
– Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.
– Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.
– Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam di rumah.
– Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.

– Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan bukan dengan niat untuk bermegah-megah dengan rezeki serta kemewahan yang ada.
Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqaan, ayat 67).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Bertamu (menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu.” (Hadis riwayat Bukhari).
Keadaan ini adalah bagi mengelak perasaan terbeban tuan rumah. Amalan yang pada awalnya dikira sebagai amalan yang mulia, tetapi jika ia berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, ia dikhuatiri akan menimbulkan suasana tidak selesa malah boleh menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari.

Dalam konteks yang lebih besar lagi, rakyat sebuah negara yang diiktiraf sebagai antara negara Islam contoh, seharusnya kita rakyat Malaysia sentiasa mempamerkan akhlak dan budaya yang terpuji kepada khalayak yang berkunjung ke negara ini.

Tanpa mengira agama dan budaya, mereka seharusnya diberi bantuan sewajarnya sepanjang di negara ini. Sifat ringan mulut memberi bantuan apabila diajukan soalan oleh tetamu negara dan disertakan dengan senyuman adalah antara cara bagi menunjukkan tatasusila dan budaya rakyat Malaysia.
Sesungguhnya tetamu mengundang rahmat daripada Allah s.w.t ,menghilangkan dosa penghuni rumah dan menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan tetamu menurut tuntutan Islam.


https://missnurulfary.wordpress.com/memuliakan-tetamu/

rose
a langkawi homestay

Comments

  1. Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

    Aaron
    aarongrey112 gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..