oh jem terbalik!


salam siaran
lama sungguh tidak bergebang di laman ni
sehingga pagi tadi
saat menempuh satu keadaaan..
terus teringat..
bagus kalau buat posting tentang ni
Alhamdulillah....
sempat jugak ye..
sebab selalu je keadaan di atas terjadi
namun tiada kerealisasian yang dibuat

seawal 7 pagi dah dpt info trafic dari what apps
katanya siap gambar,,ada lori terbalik di highway
dan telah mengakibatkan jem yg teruk

saya maklum..
dalam kepala..oh di arah yg tiada kaitan dengan laluan ku
lantas terus speed kancil 
dengan 2 anak kecil..
seorang yg demam di atas riba
(encik polis jgn marah ya...ibu2 memang begini)
seorang lagi diva berdiri di seat co-pilot
(selepas puas pujuk dia duduk..still x nak duduk)

tiiiit...bunyi touch-n-go
jalannnnn
broooooom.....eh lori banyak la pulak
tit---tit---tit signal kanan
ambil lorong tengah sikit
takut kancil dihimpit gajah nanti
ok selesa tiada kereta lain...

tup tup stop....
alamak...ada jem di depan itewww
sah!
khabar jem pg tadi dah berjangkit ke laluan ini
kalaulah dpt forecast dari awal
boleh je ikut jalan dalam nilai 3 tadi
emmmm

dah terlambat
tiada pilihan
mata di depan
sabarlah sabariahhhh

kenderaan mula menghimpit 
potong line
signal, hon, muka masam...

kereta berderet dalam keadaan compressed
sehinga dapat dilihat pemandu kenderaan sebelah
pilot sebelah siap jeling
sebab baby di lappy
dan si diva dah berdiri siap nyanyi let it go---let it go
ada aku kesah.....hahaha
insan lain yg bukan sepertiku tidak mungkin akan bisa faham keadaan ini
setuju???

terus dapat ilham.....
mulut terus ucap 
"mcm ni la gamaknya di padang mahsyar..."
bilamana kita seakan dipaksa melalui bersama2 satu laluan
kita tidak diberi pilihan
tiada jalan keluar
untuk tujuan yang sama..
untuk diperhitungkan

ada yang bawa lori, kereta BM, kereta BI
bawa kancil sepertiku
siap bawak anak lagi atas lappy
dan nasik lemak seringgit di seat belakang...

ada yg menjeling, ada yg skeptik
konon dia je nak cepat
konon kenderaan dia je bagus
konon jalan tu dia punya sorang

begitulah....
hakikatnya
kita berkongsi jugak jalan ni dik oiii
ai pun nak ke depan jugak
sabo ye....

ahhh....neno neno
ambulan baru nk tiba
maksudnya di depan sana
masih ada urusan yg belum selesai
maka kita di sini menantilah tika...

begitulah..
jika kita di mahsyar
jika urusan di depan sana sangat besar
belum belum dan belum selesai
maka yang menanti di sini
makin lamalah menanti
sehingga usai....bila?

mode insaf...
tiba2 Allah lorongkan ke kiri selepas RnR
ah kenapa tidak diikut saja RnR dari awal td..rose..rose
ada lorong kecemasan menuju terus ke exit kiri seri putra 
1/2 km je lagi

tik==tik;;tik signal kiri dan seterusnyaaa
selepas menempuh onak duri
tiba juga di exit BSP-BM
legaaa

mengunjur ke exit tol
saya flash kenderaan bertentangan 
dgn harapan mereka beringat
kerana highway kedua-dua arah jem!
memanglah tiada turning back
tapi at least ada mental set...tak gitu

kiranya posting sy ni ibarat flast itulah sahaja
memang tidak memberi impak besar
tapi setidaknya
ada hati yang tercuit

bukan apa.....
kerana kita semuanya akan menghala ke sanaaaaa
kannnn

salam sayang
 rose 7 april 2016

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..