petua kurus cepat...


salam siaran
tidak pernah saya membuat posting sebegini
petua kurus cepat...
kerana apa?
sebab memang tak pernah kurus..
dan mana nak datang petuanya...kan

anda boleh terus membaca
jangan risau, saya tidak jual sebarang produk
ini bukan gimik dan bukan juga iklan
ini perkongsian...

tapi buat julung kalinya
saya dah kurus!
selepas 35 tahun hidup
baru baru inilah raaaamai tegur saya kurus
walaupun saya tidak on diet
pelik kan
saya sendiri pun pelik...heheh

seperti wanita lain
tipulah kalau saya tak beauty conscious
tambahan dah menghampiri 4 series
memang ada inisiatif untuk menjadi sihat sebenarnya
nk sihat,,perlu berat badan ideal
bukanlah nak kurus semata

saya pernah try macam-macam cara
nak kurus lah pendek cerita
tapi tak pernah kurus..
saya bukanlah gemuk
cuma berat badan tidak seimbang dengan ketinggian saya yang 153cm
sampaikan nk putus asa dan pasrahlah kiranya
redho
and live life spt biasa...
sehinggalah.....

ok tak sabar dah nak tahu rahsia ye
ramai yang jumpa saya
dan personally tanya

"...hang buat apa ni...kurus ni..."

saya pun terfikir apa yang saya buat ye
tak sedar diri dah kurus
kurus dari biasalah
nak dapat kurus macam anak dara
tak dapek la dek non

tapi baru-baru ni dapat mega statement
bila encik suami sendiri beri kredit

" awak lagi lawa dari anak dara dulu..."

nah...apa lagi mau
cantik untuk suami kan..
dapat pahla tu
Alhamdulillah...

"awak rebranding ke.."

kata encik suami
wah macm produk pulak dibuatnya..
saya iyakan sahaja..
demi pahla akhirat..

"iyalah..untuk suami..."wink

okey..
saya simpulkan bahawa...
projek kurus ni ada banyak
cuma tak tahu yang mana sesuai dgn kita
betul tak..
ada yangberjumpa projek sesuai
dan berjaya kurus
ada yang tak jumpa2
dan tak kurus2
seperti saya
heheh

dan sekarang..saya dah jumpa projek yang sesuai
secara tidak sengaja!
tidak keluarkan kos
hanya perlu sedikit disiplin....

RAHSIANYA...JENG3X

HANYA MINUM 3 GELAS AIR PUTIH 
SEJURUS BANGUN TIDUR
SETIAP HARI
TANPA GAGAL!
MANDATORY!

paling minima, segelas sejurus bangun
sebelum gosok gigi!
cuba anda try test secara istiqamah selama sebulan!

tak payahlah saya jelaskan tentang saintifik dan enzim bagai
cukuplah itu petuanya!

sebenarnya saya terdengar di radio tentang kajian di Jepun
yang dipanggil terapi air
iaitu minum 3 gelas air setiap kali bagun tidur selama 3 bulan
80% pengidap penyakit/pelbagai menunjukkan perubahan positif

sebelum dengar kajian ni pun
dah selalu juga saya dengar
cuma tak buat.

lebih elok lagi
disiplinkan ambil 8 gelas air sehari

bangun pagi - 1 gelas
selepas mandi-1 gelas
selepas 5 solat fardhu-x 5 gelas
sebelum tidur-1 gelas

konfem anda akan selim melim
sebab badan cukup air
air akan detox toksid
organ dalaman di evis
darah akan jadi lancar
kulit akan sendirinya glowing 
(jgn lupa apply pelembab--apa2 jenama tak kisah)

kawan-kawan pun dah mula tanya
ko pakai produk apa
muka makin tegang n putih
memang hasratnya nak guna Qu puteh
apakan daya tidak berkemampuan
(tapi saya sesuai dengan produk v asia...complete mekup set RM60)
muahahah teriklan pulak

anda nak sihat?
nak kurus?
cubalah...
mana tahu projek ni sesuai dengan anda
jangan lupa kongsi result positif dengan saya nanti.

islam itu indah Allah itu Cantik
Allah sukakan kecantikan
jadilah cantik
supaya sihat
ibadah mantap!

selamat mencuba

salam sayang
rose @ bv langkawi homestay pantai cenang

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..