...kuih Talam kombinasi 3+2


bagi saya tepung tiga, ubi dua
tuan punya talam anggukkan kepala tanda,,got it! sambil senyum
penjual kuih talam di pasar malam ni mungkin dah dapat agak
sebab setiap kali Khamis
sayalah pelanggan yang minta kuih talam dengan kombinasi 3+2 begitu
3 ketul untuk kuih talam yang bawahnya tepung
2 ketul lagi kuih talam yang bawahnya ubi kayu parut
atasnya santanlah yang putih itu

dua ringgit kak
sambil dua ringgi dan bekas polisterina putih berisi talam bertukar tangan
saya specifically sukakan talam yg dibawahnya tepung dengan gula merah
sang suami pula suka yang ubi kayu dengan gula merah
infact kuih talam pun memang dah banyak berevolusi
kira kuih talam pilihan saya ni yang original la
orthodox gitu sedang kuih talam dah datang dengan 
pelbagai rasa dan warna
talam kacang merah, talam cendol, talam pulut, talam pelangi,talam pandan, talam senkuang, talam pisang, talam durian,, talam frutie pun ada....
saya kekal dengan pilihan dan citarasa asallah

rasa.my

cida denuanza
bila dihidangkan di rumah..
memang kene cedok dgn sudu sb tekturnya yang tender, lembut dan mengiurkan
dah memang tak boleh pegang dengan tgn
saya kaut talam tepung dan suami kaut talam ubi
kami makan dengan kombinasi bahagian bhw dan atas sekali kaut
tidak dikaut secara terpisah
memang cara makan nye begitu bukan?

berbaki sedikit kuih talam kombinasi 3+2
saya tinggalkan di bawah tudung saji
mungkin ada yg nk repeat kaut lepas ni,fikir saya

dua jam berlalu
tudung saji saya buka
alamak....kenapa kuih talamku kombinasi 3+2 hanya tinggal bahagian bawah shj?
kucingkah mkn sebegini??

ohhhhhh rupanya ana elsa (aishah dan asma)punya kerja
...terus sy terimbau tiba suatu masa dulu sayalah ana elsa itu
tika itu saya suka makan kuih talam secara terpisah
kalau kuih lapis boleh lagi
dimakan selapis selapis
tapi jika kuih talam dimakan sebegitu
alamat kena maralah dengan bonda
sebab bakinya sudah tidak menyelerakan
sebab it must be consumed in kombo gitu

masalahnya...saya tika dulu
suka mkn yg bahagian bawahnya saja!
i.e tepung dengan gula melaka itu
saya tidak gemarkan bahagian atas yg bersantan!
yang rasanya pada saya tak best
yang mkn bahagian itu cuma bonda saya sy fikir
taste org tua...hee
walhal ana elsa saya pula sukakan yang bahagian atasnya shj!
i.e bahagian putih berlemak santan itu!

ohh anakku
sesungguhnya kita serupa
tapi tidak sama
bahagain yang menjadi taste org tua tika dulu
telah menjadi seleramu sekarang
ohh anak
terfikir sejenak..itulah seleramu ye
yang dulu kupandang tidak sedap
sekarang kalian lihat sebagai sedap
ini dinamakan inter generation gap!

ku sedar akhirnya
daku tidak boleh jangka untuk anak2 memiliki taste yang sama dengan kita suatu masa dulu
sebab anak2 ada taste sendiri sekarang

itu tentang taste
saya tak boleh halang, saya tak boleh larang
cuma daku akan tetap ajarkan bahawa...
tidak boleh memakan kuih talam sedemikan rupa
dengan hanya makan bahagian atas
dan meninggalkan bahagian bawahnya
(sedang saya dulu makan bahagian bawahnya dan meninggalkan atasnya)
itu tetap salah
dan itu mandatori
tentang cara memakan kuih talam yang betul >_<

oh anak
pasti lebih banyak dicovery yang mama akan jumpa
saat membesarkan kalian
moga Allah mudahkan misi mama untuk menjadikan kalian
insan ynag baik dan solehah
dapat mendoakan mama kebahagian dunia juga akhirat


rose @

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..