3 tahun selepas...Ain Rania



detik ini tiga tahun lepas
lahir ain rania yang comel
yang trademark nya CDH
baby yang lahir dengan Congenital Dislocation Hip
setahun kami berulang HUKM jumpa pakar
sesudah berjalan pada usia 10 bulan
Rania discaj kes
Alhamdulillah...

hari ini..
pagi ini
30 September 2015

..hari ni ari jadi 'ia
rania membahasakan dirinya 'ia (dengan bunyi ain)

subuh subuh lagi saya dengar abahnya menyanyikan
hepi bufday  nia..hepi bufday nia..hepi bufday nia
hepi bufday nia....
bangun awal nia pagi ni
dengan muka ceria

saya pula agak tidak sihat pagi ni
dah sebulan badan tak sedap
sakit pinggang
semalam ptg saya berurut
dengan sakit baki demam-selsema-batuk
kesian rania
mamanya so so aja

usai abahnya gerak dulu ke pejabat
kami menyusul kemudian
sambil saya dukung Dekna (adik rania 11 months)
saya sapa nia
apa nia pakai kat rambut ni?
nia jawab...entahlah..nia pun tak tahu

rania ni jenis yg bling2 sikit
pantang ada kosmetik
mmg jd mainan dia
alahai anak...disapunya vicks okay!
nasib baik x kena mata

nia nak ni mama...
tanya rania sambil tunjuk toblerone coklat
saya tak nak bagi sebab nanti comot
bawa masuk keta...
arah saya agak keras
nia lebih awal bergegas
sebelum arahan saya keluar lagi...hihi

dalam kancil
nia macam biasa
tak suka duduk
saya sound macam biasa
ain rania...d.u.d.u.k!
walau nia bufday girl.
still tidak mendapat sebarang imuniti

nia ni dah besar...
bufday girl rini...
ptg abah janji nk bagi nia kek...
nia tak dengar cakap macam mana ni?
leter saya...


sepatah nia respon
...mama marah nia lagi ke....
dengan muka comel 
lagi tanpa rasa bersalah


...alamak...
aku selalu marah dia ke?
saya berbisik
all this while
memang nia perceive leteran saya sebagai marahan..

sebenarnya hasrat mamanya baik
risau kalau nia tak duduk
nanti bahaya mengundang
disepanjang pemanduan
tapi.....itulah
mungkin cara penyampaian hasrat itu kurang molek
perlu penambahbaikan ...heheh
.

memanglah...
sangat terasa kekurangan
bahawa saya ni bukanlah ibu yang baik
selalu marah anak
berleter..

kadang dalam kepenatan 
tak sedar sebenarnya
saya menghamburkan kepenatan
kepada anak yang tidak tahu apa2
mereka juga penat seharian di sekolah
seharian di rumah pengasuh
dan bila malam...berada dirumah
dengan sisa mata yang kian mengantuk tidur
banyak diisi dengan keadaan begitu
sungguh saya insaf

biarlah anak2 renew bufday mereka 
sekali dan kesekian kali
dan biarlah sesekian kali itu juga
kita turut renew status parenting kita sebagai ibu
supaya bukan sekadar anak dapat rasa hari baru
umur baru
dia juga akan dapat rasa kasih sayang baru ibunya
sesetiap kali itu
(bukan ibu baru ye...)


janganlah hanya dibiarkan kek dan hadiah saja yang ditunggu
surprise dari ibunya juga biarlah ditunggu tunggu

saya kira ini adalah azam baru
agar saya dapat melayan anak
dengan lebih baik
Moga Allah memperkenankan doa ibu baru ini
untuk menjadi ibu yang baik
dan terbaik
untuk permata kurniaan ilahi
itu amanah!

untuk anakanda Rania
mama sayang Rania dari sebelum Rania lahir ke dunia
sepenuh hati dan jiwa raga mama
mama sanggup gantikan diri mama
untuk apa saja yang Rania dan semua anak mama perlukan

doa anak soleh dari surah Toha...


Etinya :
  1. Taa… Haa…
  2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepada engkau (Muhammad) agar engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi (sebagai) peringatan bagi (mereka) orang-orang yang takut yang akan melanggar perintah Allah SWT.
  4. Al-Quran itu diturunkan dari tuhan (Allah SWT) yang menciptakan bumi serta (menciptakan) langit yang tinggi.
  5. Ia-itu (adalah) Allah Ar-Rahman, yang bersemayam diatas ‘Arasy.
salam kasih sayang
Rania's 3rd bufday 
30 sept 2015

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..