lagenda puding triffle...

* kredit kepada pemilik ilustrasi, saya google untuk tunjuk variety =)

syawal tiba lagi
Jentayu residence anjurkan lagi jamuan raya
dengan menu wajib disediakan
dan menu potluck dialukan

apa lagi
saya keluarkan resepi agung lagi lagenda
trifffle pudding
apa yang lagendanya puding ini?
ia adalah antara dessert yang amat digemari dan digilai
dulu dan kini..


theres no rules nk jadikan pudding triffle ni
apa yang pasti
ia mesti berlayer/berlapis
tu yg nampak cantik
tambah diletak dalam bekas transparent
tak kiralah nak layer berapa lapis pun
dgn gunakan apa saja bahan
sperti buah, buah segar, jelly, kek dan macam-macam
dengan perasa pelbagai dari coklat, sirap, berries dan macam-macam lagi..
boleh aja


yang pasti...
originalnya pasti ada swiss roll cake + pudding kastad + lapisan buah campur + jelly
ikutlah nak layer yang mana dulu...asal bahagia ;)

saya buat yang mudah je..
lapisan paling bawah adalah swiss roll cake pandan
bg yg rajin...from the scratch dibuatnya kek
saya beli yang dah siap je...potomg dan susun
kali ni puas cari swiss roll cake...xde!!
malam kang dah jamuan..
saya beli kek pandan apollo...hahha
sama je kan....kreatifff

ok bukak pek kek pandan apollo
susun dalam bekas kaca yang transparent lagi cantik
buka satu tin buah campur/koktel
siram airnya atas kek tadi...ketepikan


untuk layer kastad pudding...
satu cawan tepung kastad masuk dalam periuk
satu tin (2 cawan) susu cair
3 cawan air 
3/4 cawan gula (saya guna gula perang)
letak periuk atas api dan kacau hingga adunan pekat dan pop pop macam larva
jangan berhenti kacau sehingga pekat dan pop pop...atau adunan akan jadi berketul
ini step sangat penting



lepas adunan dah pekat dan pop...pop
angkat dan tuang diatas susunan kek tadi
taburkan buah koktel tadi 
last sekali...
buat jelly (beli je jelly jenama nona)
ikut arahan pada kotak
saya tambah warna merah sebab warna merahnya agak pudar
tuang adunan jelly di atas layer buah koktel tadi dan biarkan sejuk
pindah masuk peti sejuk sebelum dihidang

ada yang letak whipping cream dan taburan buah lagi sebagai topping
terpulang.....


begitulah lagenda triffle pudding
kalau kita nak jadi lagenda Allah
begitu juga aturannya...
layer 5 tiang agama itu perlu dituruti
barulah sedap hidup dunia
dan hidup akhirat

letak pula dalam bekas iman
supaya cantik nampak di mata Allah
sedap dan harum baunya
laksana dingin kauthar...

5 layer itu perlu ada
aturannya ditangan kita
hiasannya juga ditangan kita
kita yang mencorak iman kita
supaya kita mencipta lagenda....
dan menjadi ahli syurgaNya...
Allah....................

salam puding triffle-----


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..