bertemu LaitulQadar....

salam Syawal 
minal aidil wal faizin..
lama tidak bersiaran
sepanjang Ramadhan langsung tiada posting
adakah sibuk beribadah Rose??....

sangat diakui
Ramadhan kali ini saya sibuk dengan segala urusan duniawi
alla kulli hal..alhamdulillah
nikmat Ramadhan dapat juga diizinNya
cuma ibadah tidaklah juga berganda
bolehla asal ada dari tiada

tika ini juga jiwa saya berperang
di anatara mahu bercerita
atau menyambung kerja
yang bertimbun selepas cuti raya
ayuh kita cerita untuk sama-sama mengambil manfaat

 saya yakin tajuk posting saya mengundang kontroversi
sebenarnya bukanlah saya yang bertemu lailatulqadar
tetapi bonda saya...
bonda saya pun asalnya tidak mengatakan bahawa beliau telah bertemu
namun dari pengalaman beliau
saya simpulkan
bonda telah ketemu lailatuqadar itu

mohon ambil tulisan saya ini sebagai usrah
sebagai motivasi iman, motivasi ibadah
sebenarnya saya rasa berbelah bagi
rasa malu pun ada
mahu bercerita perihal aib diri
namun..biarlah kita ambil iktibar dan muhasabah bersama

saya mungkin tak pasti tentang orang lain
tapi untuk diri sendiri
ibadah yang wajib ...Alhamdulillah say amampu laksana
namun mungkin ikir saya..
ibadah telah menjadi terlalu rutin
justeru kita seakan rasa islahnya tiada atau tiada nampak di mata

saya tahu perihal lailatulqadar
dikatakan ia muncul pada malam-malam ganjil Ramadhan
diceritakan pelbagai pengalaman manis 
hamba yang bertemu dengannya
dengan pelbagai kisah kekaguman
keindahan, kadang kemistikkan dan penuh kerohanian

bukanlah tidak percaya
mungkin kerana leka dan alpa
saya seakan meragui...dan skeptikal dgn diri ...astagfirullah
berdosanya saya..membiarkan diri alpa 
sehingga ketemu bonda bercerita
tentang pengalamannya bertemu suasana pada malam 27 Ramadhan lalu
ya benar..malam 27 Ramadhan


terkasima saya..
menginagatkan status FB rakan tahfiz saya di wallnya pada hari 28 Ramadhan
katanya,,,mengikut perhatiannya ...lailatuladar telah berlalu (pada malam 27 Ramadhan)
dan sangat beruntunglah bagi hamba yang istiqamah dalam beribadah
saya juga skeptikal dan agak mempertikaikan posting beliau
sangka saya dia mahu menunjuk kata
alangkah berdosanya saya..

sehingga tiba saat bonda bercerita
lantas hati kecil saya berkata
nah rose...percayala....lailatulqadar itu ada!
Tuhan itu Esa!
dan dia tepati janji pada hambanya!

hati kecil saya macam disentap
mengenangkan amalan saya pada malam 27 itu
ohhhh...ruginya aku
adakah aku cemburu sebenarnya???
yaaa selayaknya dicemburi bukan?


bonda menggambarkan langkahnya  
pada malam 27 sebelum subuh
beliau memang secara istiqamah akan kemasjid utuk qiamullail
tapi langkah ke masjib pagi itu amat berlainan katanya
limpahan cahaya terang tapi lembut
memenuhi jalan ke masjid
tidak kelihatan objek2 lain seperti pokok, jalan tar dan sebagainya 
melainkan limpahan cahaya menuju masjid
cahaya tersebut seperti spot light yang diarah dari bawah ..
dan ia memantul serta meimpah kembali ke bumi
SubhanAllah...maha suci Allah
bonda lantas tergamam sehingga tidak tahu apa yg nak diucapkan
hanya sebutan lailahaillallah dan selawat meniti bibir bonda
juga tidak langsung terfikir ketika itu
bahawa itu adalah lailatulqadar

sungguh,,,benarlah lailatulqadar itu ada
beruntunglah hamba yang sabar dan ikhlas beribadah
dihati kecilku
masih berharap
walau limpahan cahaya itu tidak disapa mataku
wujudlah kiranya barang sezarah kebaikan yang telah kuperlakukan pada masa dan saat itu
supaya barakah malam keramat itu dapat juga kurasa
ya Allah terimalah ibadat kami ya Allah
ampunkalah dosa kami ya Allah
tempatkanlah kami di Syurga dengan rahmatMu ya Allah

amin..amin ya Rabbal aalamin

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..