kopi ke mama ....


kopi ke mama..?
tanya miss 3...Rania
asal saya bancuh kopi (biasanya dan selalu 3-in-1 saja)
mesti miss 3 akan tanya dan menyendeng

nak tau kenapa miss 3 begitu teruja dengan kopi
entah saya tiada ulasan saintifik nak buktikan
tapi time preggy Rania dan sedang tunggu hari
...hakikatnya over-due seperti biasa
..dan encik suami jadi mutawatif  menunaikan Umrah
saya alami dihidrasi teruk
apa benda yang masuk semua keluar balik
hatta air kosong pun akan keluar balik
sampai lembik dan tak de daya nak makan apa dah
sebab penat satu
dan letih serta trauma


dalam kecelaruan
saya teringin kopi...
bancuh kopi dan cecah biskut kering!
nahhhh itu yang diterima!
end up saya bertahan hanya dengan kopi dan biskut kering!

bila preggy adik Rania
saya try kopi..
ohhhh its a NO-NO
pening seharian!!!
berangin pus pus =)

itulah secawan kopi secangkir cinta Rania the miss 3
jika kopi yg saya bancuh..pantang lepa
mmg akan hilang =)

soo sweet of you darling Rania

tengahari tadi...saya ke giant Nilai
urusan urusan activation simkad encik suami
melalui jalan keluar sisi
nampak sesuatu yg menarik di stall kayu
yang biasanya ada kerepek dan kawan-kawannya
uuuhhh bukan kopi ye..
tapi best fren kopi..iaitu biskut kering! buatan Muslim!
nampak amat mengiurkan
terbayang dicecah sama kopi time hujan
saya borong 4 bungkus berlainan jenis $20


sangat teruja nak ajak miss 3 join a nite of coffee party =)) malam ni
sangat rasa konfiden untuk jamah biskut kering ni

إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّباً، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ، فَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا وَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ، أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبُّ؛ يَارَبُّ؛ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وغُذِيَ بِالْحَرَامِ؛ فَأَنّى يُسْتَجَابُ لَهُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ


MAKSUD HADIS

Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).




Comments

  1. Biskut kering buatan muslim banyak di kedai Az Zain. Mmg akak beli barang basah dan krring di situ sebab semua produk yg dijual muslim product.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..