work your love!!!



fokus hari ini hilang
dek appointment dengan technician 
katanya mahu hadir selepas lunch
skarang dah pukul dua
okey..lepas lunch lah sangat
sungguh vague waktu temujanjinya ya
tak apalah
dah namanya orang berjanji...
tunguu sajalahhhh

tunggu punya tunggu punya tunggu 330!
ada panggilan masuk
puan ada di pejabat ya??
tanya suara di hujung talian
adaaaaa.....jawab saya sepatah
agak nampak kurang mesranya di situ
terselit sedikit lega walaubagaimanapun
sebab penantian bakal berakhir

technician datang
apa masalahnya puan
ha extention saya ni..boleh call out tapi bila call in xde ringging
dah lama saya tak menerima panggilan masuk
ada sedikit nada gurau saya di situ
(macam sinikal saja..iyakah bergurau...eem)

ooooh terbakar kot
katanya
emmmm encik cuba tgk2kanlah

...................ok dah bunyi
salah nombor extention puan ni
aik?bukankah telah lama saya menggunakan nombor extention itu???
masakan salah kok?
sebenarnya nombornya......
oklah saya tak tercapai nak fikir lebih2
asal masalah dah selesai...ALHAMDULILLAH

terima kasih saya ucap dgn lega dan ikhlas (of course)

end of part one.....

kringggggg extention sy berbunyi
wahhhhhh berbunyi sudah
sang technicion di hujung talian
puan....ini nombor extention baru puan ye...dah ok kan?
ok3 saya jawab yakin
rupanya follow up dia
baiknya hati......


target tersasar...
ingat lunch hour tadi nak lunch dan drop kancil saya untuk dicuci
almaklum,,,dilenjannya empat puteriku
jam dah pukul 4
dengan izin...saya kluar lunch berdekatan
sebab sangat lapar dengan pagi tadi breakfast hanya susu kotak je (alhamdulillah :)
drop kancil emas ke car wash dan menapak ke kedai makan
makan nasik dan sayur 2 serving,,,alhamdulillah

kereta ada 2 buah je di situ
mungkin dah siap saya bisik
sesampai di car wash
saya nampak kancil saya terkuak 4 pintunya
(macam suspen kan)
sedang ada seorang sedang leka mengikis ..
...bekas lekatan road tax di cermin depan kereta
saya tersenyum..segan pun ada
dah banyak road taxnye..bekasnya sederet
mahu penuh cermin kancil yang sedia comel itu
almaklum..kancil dah lebih 10 tahun katakan

usai nampak saya hadir
encik itu keluar kereta dan cakap..siap puan
saya senyum lagi...
sempat cover/counter ego
...tak sempat nak kikis (tak tanya pun...)

maaf saya tak dapat kikis yang atas tu sebab tinted..tambahnya
oh takpe ..saya jawab
itu pun dah lebih dari baik
(sebab dah lama bekas lekatan itu di situ
dah banyak car wash saya hantar
tiada yang endah untuk mengikisnya
tapi hari ini..tanpa disuruh
dengan baik hati sang pembasuh melakukannya
for the first time and forever)
.......................
bayaran bertukar tangan...saya puas

alkisah...Allah mahu mengajar kita
bukan semestinya hadir ke universiti
dapat degree dapat phd
hanya dengan membenarkan sedikit masa dan 
membuka sedikit ruang mata
supaya hati dapat membaca
persekitaranlah sebenarnya sekolah kita
yang banyak mengajar
erti suka, duka, cinta, loka...

walaupun saya fikir masa saya telah tercalar
dan fokus kerja saya lari untuk hari ini
tapi Allah mahu saya belajar
dengan technician dan sang pembasuh kereta
bahawa cintai dan sukai kerja kita
tanpa disuruh tanpa paksa
dengan rela, akan hadir bahagia

bak kata omputih..
LOVE YOUR WORK,
WORK YOUR LOVE....


salam siaran....jom solat asar :)

ps: mode teruja nak tukar patchwork bedsheet untuk 
v
v
jom ke BV langkawi homestay pantai cenang




Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..