Syyyyy..wanita sahaja


azlitamasammanis
amaran: hanya untuk wanita

dah lama niat nak share
tapi agak tertangguh
banyak berfikir
tapi last-last decide nak say something
kot ada yang jahil macam saya di luar sana:)

saya secara peribadi
mungkin sebab proses sosialiasi keluarga
menganggap benda "dalam kain" adalah taboo
tidak boleh sewenangnya diperkatakan
orang kampung..
melayu..dan Islam pula

walau bonda tidaklah secara jelas menagatakan NO
saya seolah faham yang ianya tidak sewenangnya boleh dihebahkan
contoh : saya sendiri tersipu malu tatkala pertama kali maklumkan bonda
yang saya dah datang period
bonda hanya senyum

selebihnya saya berkongsi dengan kawan baik saya 
yang dah dari umur 9 tahun period

kisah dalam kain anak gadis sebaya saya bermula
ada kawan yang tidak guna pad
tapi guna cebisan kain lama sebagai pad bila period
bahananya terjadi bila berlaku infeksi kulat!
budak - budak mana tahu nak cerita
ingatkan perkara biasa
almaklum kawasan intim dah jadi lembab
ingatkan sang kulat hadir itu normal
letak lah bedak talkum bagai
namun kulat/kurap belum pergi
sian sahabatku...

sehinggalah kami dah mula kenal farmasi
dan beli ubat antikulat/krim namanya creobic
tersenyum saat ingatkan sahabat saya mengatakan kepada pharmacist bahawa
...nak beli creobic utk adik yg ada masalah kulat di kemaluan
punya malu gadis melayu..sampai sakit menanggung malu
itulah bila anak gadis kurang pengalaman dan malu pula bertanya

saya bukanlah nak buka pekung
tapi bila saya ada sedikit pengalaman 
mahu rasanya berkongsi
selepas bersalina ank ke 3..
saya alami discaj lebat seperti keputihan
ianya gatal dan menyebabkan kerengsaan
asasnya saya anak dara dan mak dara tidak mengalami masalah keputihan ini
langsung bila post-partum,,saya ingatkan ianya normal
risau...
tapi malu-malu juga bagitau encik suami
encik suami macam biasa..mungkin has ni idea ;)

saat saya kunjungi pakar o& g
untuk jalani papsmear..
doktor yang maklumkan ada kulat
itupun belum cerita yang saya terkepit-kepit saat melahirkan
dan saat sample diambil dari servik melalui vagina

doktor dan nurse semuanya perempuan..
tapi Allah....malunya saya
padahal doktor dan nurse biasa-biasa saja


rupanya kulat itu yg sebabkan heavy discaj dan kegatalan
nama ubat tu DIFLUCAN

sedang preggy anak ke 4..
sikulat dtaang lagi
rupanya sebab hormon pulak
ingat lepas bersalin je ada
doktor bagi Diflucan lagi
saya dah ambil single tablet semalam
tu pun selepas 3 minggu merana keputihan
walhal dah ada pengalaman sebelum ni
tapi kenapa tak terpikir? malu lagi agaknya
ish3x...

moral: jika malu bertanya, tanya jugalah kepada yang pakar :) 


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..