Posts

Showing posts from July, 2014

boikot israel dan kisah burung comel..

Image
Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh sesetengah pihak namun saya mengambil iktibar kisah di bwh :-
Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.
Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"
Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh di…

Infaq Mahabbah Amal Ramadhan...

Image
KELEBIHAN ZAKAT, INFAQ DAN SEDEKAH Salam Ramadhan sedikit catatan buat renungan. Banyak sekali dalil-dalil dari Al-quran dan Ss-sunnah yang menjelaskan tentang keutamaan zakat, infaq dan sedekah. Sebagaimana firman Allah swt  mafhumnya :  Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, men -dirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al Baqarah : 277 ). Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al Baqarah : 274 ) . Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At Taubah : 103).