teh o ais laici duplicated!

sumber

gambar di atas adalah menghargai sis hazila di blog beliau
beliau memaparkan gambar yang cantik tanpa resepi
tentang teh o ais laici dengan natural light shot
banyak gambar dan resepi menarik di blog beliau
jemput ziarah...

saya minta izin beliau untuk ilustrasi
dan saya duplicate teh o ais laici beliau:)
sebab terliur tengok
dan kebetulan saya ada beli buah laici segar!
warnanya merah yang mengujakan
dan rasanya sgt manis!
(kadang kena juga yang masam-masam manis-nature laici memanglah begitu)

biasa saya jumpa laici dalam tin
rasanya hampir tiada beza dengan yang segar
cuma elemen kesegaran itu lebih terasa
dan tidak dapat ditandingi laici dalam tin

nampak teh o ais laici sis hazila
dia pulak tak bagi resepi
saya agak-agaklah dengan melihat kpd rupanya:)
saya ubahsuai siki minuman ni menggunakan laici segar
besssst sgt
tambah Ramadhan dah dekat ni
sungguh menghilangkan dahaga saat tekak dilalui laici ni..

...............................................

resepi teh o ais laici duplicate :)

rendam uncang teh dalam 200ml air panas seperti biasa
masukkan  3 sudu teh gula perang
keluarkan uncang dan biarkan sejuk

kupas 5 biji laici segar, asingkan bijinya
masukkan ke dalam teh o tadi


masukkan kiub ais
dan hias dengan 3 helai pudina
siap!!

terima kasih sis Hazila...

Dr. rose in the house


The BV
A Langkawi Homestay Pantai Cenang
No. 1A & 1B,  Lot 1379 Kampung Gelam, Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
+ 6012-310 6096 Raziff   + 6012-331 3020 Rose      email:bvlangkawi@gmail.com
http://blaquevillalangkawi.blogspot.com/

BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
160
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
320/300
Full paid
300/280
4 room
Double bed
 X 4
320
300

620/600

600/560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..