harum, manis dan mahal!



sahabat menguar-uarkan stok mangga harum manis dari perlis 
akan tiba
tiba saya rasa teringin
jari pantas balas wassapp
..saya nak sekilo!
sahabat bagitau harga sekilo RM20
 (sebab tu pesan sekilo jek)

sehari selepas
sahabat wassapp lagi
ada pembetulan harga
harum manis dah naik harga
sekilo RM22
harga berubah
pesanan tetap sekilo lah...:)

tiba hari shipment
harum manis dinanti tiba juga
3 bijik saiz sederhana!
kaler masih hijau
otw nak masak
sebijik RM7 youuu...

sehari selepas
saya balut harum manis dengan paper
letak atas peti sejuk
tak de sebab
cuma bimbang si kecil Rania ambik
kalau letak di bawah :)
kalau makan takpe
takut dibuat main
lagikan harum manis belum masaknya.....

hari berikut
warna harum manis masih hijau
buat buat terhidu akan harumnya
walau taklah harum sangat
saya tekan tekan
macam ada respon

encik suami kata
..cuba kupas barang sebiji
saya potong bahagian tompok tangkai
nampak kekuningan!
saya kupas kulit hijau harum manis
sah....dah masak


saya hiris begini...
letak dalam mangkuk kaca cantek punya
dan serve pada encik suami
sebelum serving tiba
saya suap seketul dalam mulut

eemmm takdela manis sangat pun
biasa saja.....

nampaknya keterujaan kami untuk menikmati harum manis ini
lebih harum dan manis 
dari harum manis itu sendiri.......kan......
Alhamdulillah nikmat juga tu

begitulah iman kita kan
perlulah harum, manis dan mahal
supaya letaknya nanti di kelas yang tersendiri dan 
...ke syurga...amin

Abu Musa menceritakan nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"sesungguhnya orang yang beriman itu mempunyai tenda dari satu mutiara berbentuk cekung yang panjangnya di langit enam puluh batu, orang yang beriman itu ketika di sana, memiliki ramai ahli keluarga. dia mengunjungi mereka, dan sebahagian di antara mereka tidak mengetahui sebahagian yang lain 
(hadis riwayat muslim dan al-bukhari)
 
1.penghuni syurga diberikan pelbagai kemudahan seperti tenda dari mutiara.
2.orang beriman yang berada disyurga juga memiliki ahli keluarga yang beriman
kesimpulannya orang2 yang beriman dan mentaati perintah ALLAH sudah pasti Allah tetapkannya didalam syurga dengan rahmat ALLAH inshaaALLAH
 
The BV 
A Langkawi Homestay (Cenang Beach)
Welcome to The BV-A Langkawi Homestay (Cenang Beach). It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience
+6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com

BV HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
160
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
320/300
Full paid
300/280
4 room
Double bed
 X 4
320
300

620/600

600/560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com
 

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..