Dunia YaYa..


emilatopia
anak kedua saya namanya Asma Surayya.
saya panggilnya yaya,,
dia membahasakan dirinya kak ngah

lama juga dia terkurung dengan gelaran adik
kerana pada usia 5 tahun
baru adiknya yang ke 3 lahir
justeru yaya sebenarnya agak manja
atau bahasa senang,,,dimanjakan dalam tempoh itu

kadang saya rasa bersalah
bila ada adik..
karenahnya makin bertambah
yaya ada-ada saja masalah yang ditimbulkan
saya faham
dia nakkan perhatian

puncanya seperti di atas
sebolehnya kata orang: jangan bezakan anak!
hakikatnya, anak-anak adalah berbeza
dan saya mengaku tak mungkin boleh amalkan kesama rataan
kerana tuntutan setiap anak itu sendiri berbeza!
yang pasti, saya juga cuba berlaku adil...

yaya bijak
dan sangat independence
sangat suka bermain
cakap suara kuat
ketawa lebat-lebat
tapi dia juga sangat cemerkap dan kasar
suka buli kakak dan adiknya
mungkin fizikalnya lebih mantap berbanding kak long dan adiknya
namun hatinya sangat lebut
sensitif
dan mudah merajuk
aduhai....
kata orang..dalam hati ada taman

emilatopia

yaya suka menangis
untuk tarik perhatian
walau atas isu yang tak de apa pun hendak ditangiskan :)

cuma yaya suka buat saya naik darah!
bila saya marah dia buat muka dono je
bertambah geram hati saya

saya kira, bukan yaya yang bermasalah
saya yang bermasalah kan?
dan saya juga anak kedua seperti yaya :)
mungkin aura kami panas!

encik suami selalu gelakkan saya
yang katanya lebih -lebih dari budak=budak
padahal dia sendiri kadang tak tahan dek yaya dan dunianya

ya betul
yaya ada dunianya yang tersendiri
malam tadi
 yaya gelak dan cakap sorang sorang 
..sambil gunting bentuk bintang pada A4
yaya buat saya takut..
betul ke tidak budak ni???
agaknya dia dalam dunia imaginasi agaknya

aduhai anak...
sesungguhnya kamu adalah kain putihku... 
aku pasti doakan kamu nak...


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..