...biarlah jangan separuh


"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah: 173)


kisah coklat cadbury kecoh di laman sosial dan media
bermacam respon diterima terutama masyarakat Islam
sungguh..
elemen khinzir zaman sekarang telah jauh advance
dahulu kala
kita mungkin membayangkan khinzir dan dagingnya secara fizikal
sekarang..hatta DNA khinzir pun perlu diperhalusi

ada respon nakal di wall saya
bunyinya begini...

DNA khinzir dalam coklat..
ramai yang dah tak beli/makan
sebab Allah kata Haram

Allah kata tak tutup aurat itu haram
kenapa masih ramai belum tutup aurat?

nak bincang cara ilmiah..memang akan jadi panjang lebar
saya ulas dari segi pemerhatian saya terhadap orang Melayu Islam kita
kebanyakkan mereka jika anda perasan
sangat concern tentang makan
khinzir tak makan
confirm! itu tanda mereka muslim
padahal,,solat, puasa, zakat dan haji tidak pula diendahkan..
kannn

justeru..
kita bila Muslim,,biarlah jangan hanya separuh
biar menyeluruh
holistik kata omputih
jangan hanya concern tentang segelintir perkara
sedang perkara lain alpa

macam stigma masyarakat
asal nak ikut sunnah nak kawin 4
memanglah itu sunnah
tapi banyak lagi sunnah Rasulullah kan

bagi salam sesama muslim dan senyum itu sudah sunnah
dapat pahala...

jangankan hanya nak kawin 4 sahaja yg ikut sunnah
sunnah-sunnah lain pun jgn dilupa..
islam itu luas
islam itu cantik
islam itu syumul...

....biarlah jangan separuh....

salam manis-manis belaka

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..