a thank you and a hug!

azlitamasammanis.com

selepas lama berusaha
awal pagi lagi 
urine pertama si isteri di self test dengan UPTK
(urine pregnancy test kit)
akhirnya urine test diuji si isteri itu menunjukkan dual band
positive pregnant
Alhamdulillah

dengan syukur dan excited
si isteri tak sabar nak maklumkan pada encik suami
situasi biasa bukan?
sebab it needs two to have one kata omputih

sebab encik suami dah keluar kerja awal
si isteri tak nak lah nak wass app ke apa ke gambar UPTK tu
sebab bukan apa
wass app pun ada limit
bukan semua boleh di snap dan wass app!
aib tu..
walau wass app suami sendiri
apatah lagi di share di wall fb
malu...
 
UPTK itu pun parking di bilik air peribadi rumah
sehingga petang suami pulang
selesai maghrib berjemaah
si isteri dengan bertekung
bergegas masuk bilik air
dengan hati-hati
takut tersadung

ditunjukkan UPTK pada encik suami dengan malu-malu
malu itu indah bukan?
dengan syukur dan gembira
dan tanpa diduga
si suami memberikan satu pelukan sayang
sambil sebut,,,t.e.r.i.ma k.a.s.i.h

bahagianya si isteri
sebab pilihan mengandungkan bayi adalah di rahimnya
(dan dengan izin Allah pasti)
bila di sebut terima kasih itu
rasa semua sakit hilang
dan syukur saja yang datang...

untuk suami
bukan susah pun nak ucap terima kasih
takkan hilang bisa ular
bila menyusur akar
ye tak?

sungguh indah bukan
berkasih sayang kerana Allah

eeee gelinya baca
macam fairy tale
live happily ever after lah konon...

ada yang kata begitu
cerita di atas bukanlah satu fantasi
walau nampak macam telenovela
ia adalah realiti

yang sebenarnya amat mudah dan boleh terjadi
ia bukanlah rekaan
tapi kejadian yang kita boleh ambil pengajaran
dan 
 lakukan dalam hidup keluarga kita sendiri seharian

kadang bila baca cerita gembira orang lain
kita macam ada sangsi
ada benci
padahal,,,bahagia itu milik semua
boleh dapat punya..

lihat dengan satu pelukan mudah
dan satu ungkapan juga mudah
terima kasih....
satu dakwah,,satu sunnah..satu syariah 
telah dapat dihidupkan
indahnya Islam......

salam kasih sayang
dr.rose in d house :)

 

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..