Saya tak akan mungkin lebih kurus!



Saya sejak kecik memang budak yang chubby!
Bila dah besar, paling kurus pun saya pernah cecah 45-49kg
Itu pun waktu anak dara dan zaman kegemilangan saya…
Waktu yang stabil, berat saya mungkin sekitar 53-55kg

Selepas melahirkan..
Paling berat saya pernah cecah 59-61 kg!
Around that, berat saya macam yoyo lah spt jumlah jumlah di atas

Dalam erti kata lain
Berat saya ni senang naik turun
Paling tepat, senang naik dari turun
Yang nampak saya ni “lebih rendang” –mcm pokok pulak
Mungkin sebab ketinggian saya hanya 153cm
Justeru, bila ‘rendang tak berbuah’ saya akan nampak sangatlah chubby

Dah kategori comel..nak buat macam mana
Bersyukur jelah..
tapi bab best sangat
ialah.. time orang sebaya saya sibuk pakai botox dan vitamin
saya kekal baby face
umur 37, selalu disangka 27
dah check bone tinggi
memang sentiasa chubbylah..
kena bersyukur bab itew..
Saya jaga makan, jaga badan kata orang…
Ikut BMI gitu
Bak kata org, kita boleh rasa badan sendiri
Selesa atau tak
Kalau rasa mcm kenderaan berat
Kita jogging kea pa ke kan?
Yang lebih penting,,,sihat…..
Dan tak ada komen (encik suami,,,heh)

Apa yang penting
Kita tahu siapa dan apa kita ni
Siapa orang lain nak menilai
Dan sangatlah plastic dan kosmetik
Bagi individu yang hanya menilai luaran orang lain
What a waste!

Huh..
Kenapa saya membebel begini rupa
Nak merasionlisikan berat n so fort?
Ini kerana tengahari tadi…
…….di sebuah kedai makan
Saya dan kawan sedang makan
Seorang kenalan/unfortunately a male!
Dan lebih sedih lagi,,,dia adalah selebrity
Nampak  saya dan saya nampak dia
Saya angguk kepala dan senyum tanda menyapa
Iyelah…sebab jauh
Lagipun laki org beb
Gila kau dok senyum lebih2
Dia buat muka kelat dan datang ke meja saya

…laaaa sihatnya sekarang!(dia maksudkan saya gemuk..)
Saya hampir tak kenal tadi!dia menambah..
..kee dah ada lagi??? (dia maksudkan saya pregnant!)
Sungguh klise kan???
Dgn hati yang kelat
Saya betulkan senyuman yang juga hampir mengelatkan diri
Saya jawab juga dgn nada klise dan senyum senget
(what do you expect?)

…Alhamdulillah ustaz…sihat Alhamdulillah
Dalam hati…berderet jawapan diberi seperti di atas….

p/s: 
track record, adalah sangat hampir mustahil yang saya akan lebih kurus! 
Dan who are you to judge me? 
Tak bolehkah menyapa dengan lebih positif—cth: kalau nak juga guna word -sihat-
apa kata guna kaedah ini: 

ustazah…lama tak nampak, sihat ke...?

Kan no heart feeling gitu….

saya tak lah obses sangat about how do i look and what does people say..
tapi agak-agaklah bila menyapa..kan.... 

salam manis kelat
droseinthehaus :)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..