Rahsia Sirap sedap terbongkar!



anda pasti tahu sirap kan?
kalau di Malaysia,,
sebut saja sirap
kita dah maklum dan terbayang 
air sirap merah nan sejuk lagi mendamaikan..

ianya kadang perkara basic saja
gula dan pewarna merah
tapi ada yang bila buat jus sirap..
letak pandan, gula batu, gula pasir dan sebagainya

saya pernah merasa satu sirap yang sangat sedap
rasanya biasa saja
tapi bila minum rasa tak puas
nak...dan nak lagi

sirap sedap ni time wedding adik saya di kg-Langkawi
biasalah..bila kita tanya caterer..
apa resepi???
dijawabnya...rahsia
adoiiiii
katanyanya, catering mereka memang famous dgn sirap sedap!
pulakkk
jadi tak tahulah apa rahsianya...
eemmm

pada satu masa
encik suami sediakan sirap dirumah
saya tahu, ini bukan ready made sirap ni
(sebab ready made punya dah habisss...)

saya puji..
sedapnya sirap yg abah buat ni....
kebetulan kami menjamu pak sedara n family dari johor
nampak mereka pun pulun minum tak henti
sedap la kot...

rasanya seakan sirap yg saya minum time wedding dulu
jeng3x

saya tanya..apa rahsia?
encik suami jawab..
abah guna gula mama kat dapur tu..

ooooo
rupanya encik suami guna GULA PERANG!
haaaa ha dah terbongkar...
tu je rahsianya...

saya memang dah lama gantikan gula putih dgn gula perang di rumah
rupanya bila buat sirap, ia lebih sedap
belum lagi tambah pandan ke apa ke
tentu lebih best n refreshing!

so, rahsia sirap sedap adalah GULA PERANG!

didihkan gula perang
tambah daun pandan
bila di dihidang, tambah air dan aisssss

selamat mencuba!

drose in the haus

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumahku wangi..syurgaku..