its NOT your car, its your ATTITUDE!



kancil saya dipintas ala potong sayur pagi tadi di simpang 3
dan sekali lagi di tol nilai
oleh PEMANDU kereta wira..

bila tiba di pejabat
sahabat saya post di fb dia
"kereta kancil plat W** **** buang sampah tepi jalan"

saya yang KANCILIAN ni terasa la
aik..macam nak comment je kat wall dia balik
tapi......sabarrrrr

kita selalu labelkan pembuli jalan raya
atau pemandu yang tak berhemah dengan kenderaan yang mereka bawa/naiki

contohnya,
lori tayar entah berapa belas..langar itu, langgar ini
kereta kancil menyelit dijalan raya
kereta ferarri memecut dan langgar lalu terbakar

sebenarnya bukannya kereta...
tetapi PEMANDU dan lebih tepat ATTITUDE pemandu

logiknya,
almaklum
kereta yang berkuasa dan bersaiz besar selalu disasar sebagai tidak beretika
tapi ada juga geng kancil yang buang sampah!
bukan kereta kan?

ada lori entah berapa belas tayar entah
sedikit masa lalu..
hon kancil saya...
HONKKKKKKKKK
saya toleh dan macam nak marah
treeeeet sy turunkan sedikit power window kancil

pemandu lori jerit..KAIN2X
saya pantas faham
n tak jadi marah
ooooo kain jubah saya meleret diluar, terkepit dek pintu
bahaya cik kiah oi...
saya angkat tangan
tanda terima kasih
dan malu..
...pemandu lori ok apa..kan....

kerap juga lori besar beri laluan kepada kancil saya di highway
itu tindakan mulia!
tapi bab yang menghambat kancil kita macam singa kejar arnab pun ada!
tak pelah..kita kereta kecil
sabar banyak2..
dapat pahala tu..
banyak pahla, masuk syurga tau
kau ada? hahahah

pendek kata, its not your car, its your attitude!
bawalah kereta apa pun
tapi attitude out, out jugak

yang penting, attitude kena jaga
bertimbang rasa di jalanraya, amalan mulia...

kereta anda, keperibadian anda!

salam dari kancilian :)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..