Andainya Salji turun....

 
malaysianreview.com

Cuaca Dan Suhu Sejuk Melanda Malaysia Januari – Februari 2014
 
Fenomena suhu sejuk yang melanda Malaysia sejak kebelakangan ini semakin terkesan dan menjadi topik perbincangan di kalangan pengguna media sosial yang memaklumkan rasa sejuk di kawasan tempat tinggal masing-masing

Malah ada juga yang menyifatkan fenomena ini agak pelik memandangkan pada anggapan mereka suhu panas kebiasaanya terasa pada awal tahun tapi sebaliknya berlaku
Bagaimana pun Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan situasi berkenaan dalam satu lampiran kenyatan menerusi Portal Rasmi Jabatan itu di pautan http://www.met.gov.my dengan memaklumkan bahawa
kenyataan suhu sejuk malaysia 2014 met jabatan meteorologi
CUACA DAN SUHU SEJUK MELANDA MALAYSIA 2014 
JANUARI FEBRUARI

Fenomena ini adalah biasa (normal), kebiasaannya bulan Januari dan Februari adalah tempoh di mana suhu minimum adalah agak rendah berbanding dengan bulan-bulan yang lain
Paling terasa adalah kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia dan faktor ini disebabkan oleh luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut dan turut dirasai di negeri utara Malaysia seperti Perlis dan Kedah

Sementara itu, mengikut kepada keadaan cuaca dan arah angin untuk beberapa hari akan datang, keadaan cuaca sejuk dijangka akan berterusan sehingga awal minggu depan
Dalam kenyataan itu juga, Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan dakwaan kejadian salji yang melanda Indonesia sebagaimana tersebar di media sosial baru-baru ini

Mustahil bagi negara beriklim tropika untuk berlakunya sajli kerana kerana suhu udara negara beriklim tropika secara amnya tinggi sepanjang tahun

Dalam perkembangan lain, media pada Jumaat turut melaporkan bahawa, suhu di sekitar Besut turun kepada 19 darjah Celsius pagi semalam, iaitu rekod suhu terendah pernah dicatatkan di daerah itu

Kuala Krai di Kelantan turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur
Penurunan suhu itu disifatkan satu rekod, berbanding suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah Celsius di dua kawasan itu

Informasi ini disiarkan pada 24.1.2014, Jumaat
 
sejuknya salju dihatiku @ roselangkawi at the BV homestay langkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..