Pisang goreng ala JDT


ah sudah
apa kena pulak jadi JDT kali ni
takde kene mengena langsung dengan soccer okay
cuma bila buat pisang goreng ni trus teringat JDT dek sambal cilinya...

saya orang langkawi
pisang goreng dimakan macam tu je
takde teman
ada jugak kadang makan dengan susu pekat

tapi time study matrik uia dulu
saya jumpa kawan serata dunia
selera dan tekak saya pula international
saya boleh cuba dan terima makanan dari segenap pelosok

sebut saja budu, cencalok dan apa saja
semua saya try
dan sekarang saya peminat nasik kabu/kerabu-tanpa sambal nyior..hahah

makan pisang dengan sambal cili ni adalah ajaran kawan saya dari JB
dats y bila sebut pisang goreng terus ingat johor
sebab tu JDT pula terlibat
(teringat pula adegan saya terpinga bila kawan saya ajak 'saing' g kelas...org Kedah mana ada saing-saing ni-saing maksud di Kedah ialah lawan)

ada 2 biji pisang tanduk di laman dapur saya yang comel
pemberian saudara juga dari johor
saya ambil sebiji dan potong serong dan goreng
serve hot dengan sambal cili JDT
berebut encik suami dan anak-anak

resepi pisang goreng dan sambal cili JDT

pisang dipotong
5 sb tepung beras
2 sb tepung gandum
secubit garam
air kapur sesedap rasa
celupkan pisang dan goreng dengan minyak panas
bila keperangan, angkat dan hidang

sambal cili JDT

tumbuk/blend...

10biji cili padi
3 ulas bawang putih
2 st gula pasir
secubit garam

ditambah 5 sb kicap manis/masin

selamat mencuba :)


BV-Langkawi Homestay Villa
Welcome to BV-Langkawi Homestay Villa. It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience
+6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com
BV HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
160
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
320/300
Full paid
300/280
4 room
Double bed
 X 4
320
300

620/600

600/560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..