Jumpa saya di akhirat...



student sedang meriah di kampus kuis
bukan sebab siaran pencetus ummah sedang hit di astro
tapi memang intake kali ni agak meriah
saya dapat roughly 40 students dalam satu kelas tutorial
ramai tu.....

bila budak-budak degree 1st sem dalam kelas
padat rasanya
kecik rasanya diri
tapi budak-budak ni besar fizikal
mental baru nak berkembang..

kadang harap badan saja besar
perangai masih keanak-anakkan
kalau tak ingat amanah untuk mengajar
memang lama dah quit
tapi sebab minat..
semua ditelan jua..cewah

teringat gurau seorang sahabat
bila saya mengeluh banyak kerja saat dia bertanya khabar
katanya..
ingat tak time interview kuis dulu..
ingat kata saya
juru interview tanya...mengapa anda minat kuis
kita mesti jawab..
sebab saya nak kerja...
nah..sekarang dah dapat kerja
banyak lagi pulak tu..
jadi janganla h mengeluh..sebab dah dapat pun kerjanya
heh..
make sense jugak kan?

.....

mode dan personaliti saya semester ini sedikit berubah
untuk masuk kelas sahaja
sebab bukan nak kan respect student..
tapi supaya mereka tahu mereka sedang "on class"
sebenarnya, takut student pijak kepala
almaklum, kita ni kecik je

saya memang serius dalam kelas
bukan bermakna tak boleh senyum
tapi sengaja nak educate mereka macam tu
alah..tipikal lecture lah..

dalam-dalam serius tu
saya bergurau jugak
tapi tahap tinggi punya
yang student nak gelak pun fikir dua kali
sebab makan dalam...!

okay untuk memudahkan anda siapkan tugasan
kelas hari ini akan diadakan di library..
anda bebas membuat telaah di mana-mana bahagian library

anda boleh melencong ke cafe..
tapi ingat, ini amanah saya
jika tidak patuh,,
anda hanya perlu ingat..
kita akan berjumpa di akhirat...
anda akan menjawab ketidakpatuhan anda nanti

gulp....
sentap tu puan..kata seorang student
iyelah..kata saya
ada yang nak membantah?
kita kan akan mati dan segalanya akan dihabis dan diselesai di sana nanti
kan.....

(dalam-dalam itu disuntik tentang ilmu cosmological gitu)
bukankah kita seorang pensyarah???
itulah peranannya, tak gitu..

saya perasan ada student yang sering juga guna tagline saya..
...kita jumpa di akhirat.......

salammanis



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..