Posts

Showing posts from December, 2013

RM150* BV Langkawi, a homestay villa...

Image
BV Langkawi is formally known as Blaque Villa homestay, LangkawiBagi yang ingin ke pulau lagenda dengan apa Saja tujuan, BV sepatutnya menjadi pilihan anda... Kenapa? Kerana... 1- BV memang purposely dibina untuk dijadikan homestay-Ia bukanlah rumah tinggal, rumah sewa atau seumpama dengannya yang di transform menjadi homestay. 2- BV adalah rumah batu semi- d setingkat yang sangat selesa. BV terdiri daripada homestay 2 bilik Dan 4 bilik. 3- barangan, facilities juga amenities BV bukanlah barangan lama, tapi semua barangan baru seperti katil, tilam, air cond, water heater, tv, sofa, mini bar, rice cooker, multi cooker, kettle, iron hatta washing machine sekalipun, semunya baru! 3- lokasi BV adalah 5 bintang! 5 min Dari airport Dan juga pantai cenang . Hanya 600m Dari Jalan utama. 4- persekitarannya cantik, dikelilingi rumah Dan sawah padi juga accessible kepada keperluan seperti Kedai, petrol pump, masjid Dsb. 5- super duper special, rate hanyalah serendah rm150* shj untuk 2d1n....(actual rate…

يسروا ولا تعسروا..

Image
Hukum 'home birth' atau beranak di rumah
1. Amalan beranak dirumah atau 'home birth' pada zaman dahulu merupakan adat kebiasaan masyarakat yang lazim berdasarkan kemahiran semasa mereka seperti perbuatan bertani, bercucuk-tanam dan seumpamanya.

Hukumnya ialah harus pada zaman dahulu kerana ia termasuk dalam perkara yang disebut dalam hadith Rafi' bin Khadij al-Ansori RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

أنْتُمْ أعْلَمُ بِأُمُوْرِ دُنْيَاكُمْ
”Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu semua." [Riwayat Muslim]

Justeru untung-rugi adalah berdasarkan rezeki Allah yang ber'asbab'kan kepada kemahiran dan teknologi zaman tersebut.

Oleh itu risiko kematian ibu bersalin, bayi lemas memang tidak dapat dielakkan pada zaman tersebut dan diterima sebagai takdir Allah seperti penyakit taun, tibi, buasir, dirrehea, demam kepialu, dan lain-lain.

Namun pada zaman hari ini risiko tersebut sudah tidak wujud lagi atas faktor teknolog…

cuba lagi ye...

Image
kami sekeluarga sejak awal kahwin lagi memang suka ke restoran senandung malam ..di pantai bagan lalang menu biasa ialah ikan bakar lah.. kepah masak pedas sotong goreng tepung kungkung o kailan goreng ikan masin... orang restoran tu pun dah tau apa menu kami n siap kadang bagi diskaun lagi... emmm agaknya mereka juga memerhati regular customer mereka ni kebetulan, saya memang agak rapat dengan anak tauke yg sebaya umur dgn saya anak-anak kami pun lebih kurang usia tapi anak dia girl, boy an girl gitu sedang anak-anak saya girl.,girl n girl
time bayar kat kaunter macam biasalah sembang-sembang
3 orang ye bang? tanya cashier, maksudkan anak saya 3.. ye 3 jawab encik suami 3-3 pompuan? tanya lagi saya dah tau dia maksudkan apa tapi tak jangka jawapannya..
sambil give the change selamba dia cakap dan senyum CUBA LAGI YE... dia maksudkan, cuba-cuba untuk dapat boy pulak la kot...
alahai, innocentnye.. dalam hati saya kata ..kalaulah boleh saya cuba-cuba benda benda macam ni kan best... tapi dia tak tau ke semua ni rezeki…

Pisang goreng ala JDT

Image
ah sudah apa kena pulak jadi JDT kali ni takde kene mengena langsung dengan soccer okay cuma bila buat pisang goreng ni trus teringat JDT dek sambal cilinya...
saya orang langkawi pisang goreng dimakan macam tu je takde teman ada jugak kadang makan dengan susu pekat
tapi time study matrik uia dulu saya jumpa kawan serata dunia selera dan tekak saya pula international saya boleh cuba dan terima makanan dari segenap pelosok
sebut saja budu, cencalok dan apa saja semua saya try dan sekarang saya peminat nasik kabu/kerabu-tanpa sambal nyior..hahah
makan pisang dengan sambal cili ni adalah ajaran kawan saya dari JB dats y bila sebut pisang goreng terus ingat johor sebab tu JDT pula terlibat (teringat pula adegan saya terpinga bila kawan saya ajak 'saing' g kelas...org Kedah mana ada saing-saing ni-saing maksud di Kedah ialah lawan)
ada 2 biji pisang tanduk di laman dapur saya yang comel pemberian saudara juga dari johor saya ambil sebiji dan potong serong dan goreng serve hot dengan sambal cili JDT bereb…

Dari musim durian hingga musim rambutan...

Image
Sungguh meriah bumi kitaDihujani rahmat Allah sentiasa Bila sebut musim buah Memang sangat meriah Di tepian jalanan, jualan buahan menambah seri Durian, pulasan manggis, cempedak Sebut saja durian..macam macam durian ada Saya lebih gemar durian kampung..
Kisah makan durian 1
Saat yg sangat saya ingat dan kepingan benar nak makan buah Almakmlum..time pregnat Orang preggy ni asal nampak sedap di mata Dia pun teringin bukan main Encik suami pula suka sangat melayan Sebab mengidam saya langsung tak thrill katanya Saya mengidam ais kacang, buah nangka.. Kalau setakat nak makan durian.. Tepi jalan pulak tu...apalah sangat
Kami parking tepian jalan Terus pilih 2 biji durian yg sederhana saiz Belah dan makan disitu juga Bila nak beransur,,encik suami tanya berapa harga RM 29! 2 biji durian saiz sederhana je Sekilo RM 9 katanya.. 3 kilo lebih rupanya durian itu ye... Terkedu saya, tapi sebab dah masuk perut.. Telan jelah.. SejAk tu, kami dah x singgah lagi gerai buah itu.....
Kisah makan rambutan pula...
Time tu preggy j…