Mengapa saya buat PhD?

konvo adinda bongsu at UniMap

Sebab utama saya buat PhD adalah untuk bergambar konvo! Tak percaya? Kenapa? Ni sebabnya;

1- kita hanya akan bergambar bila semuanya dah selesai kn?maknanya, untuk bergambar konvo, perlulah habiskan dulu mehnah PhD itu, jadi patutlah bergambar konvo itu menjadi fokus akhir.
2- time bergambar, sure semua famili turun, alangkah indah, momen kejayaan indah dikongsi bersama, ,apalah PhD tanpa famili.
3- gambar konvo akan dipamer di ruang utama rumah, bukan untuk riak, tapi untuk kenangan penat lelah belajar, tanda manis pencapaian dan lebih penting, tanda sokongan sekalian org di sekeliling kita serta tanda motivasi untuk yang bakal berjuang PhD pada masa depan.

....doa saya moga dapatlah saya bergambar konvo tahun depan untuk mencapai tujuan di atas. 

Mohon doakan saya...

roselangkawi...at BV-langkawi homestay villa

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..