Keangkuhan mu..wahai isteri...


Keangkuhan seorang isteri terhadap suaminya ialah petanda kurangnya Iman dan lemah pemahaman terhadap kewajipan agama. Ramai wanita mudah tercabar 'keperempuanannya' apabila suami mengkritik & menegur perkara berikut ;

1. Fizikalnya, contoh jika suami kata 'awak tak mahu kuruskan badankah@ awak patut diet, jaga makan...

Lantas dia membalas, kalau abang tak suka saya, abang pergilah cari orang lain. >> Ini ayat sombong dan derhaka seorang isteri kepada suami.

Manakala isteri yang solehah akan menjawab, insyaAllah saya akan cuba usahakan. 

2. Keluarganya, ramai perempuan pantang benar kalau suami menegur keluarganya atau mengkritik sikap dan perangai ahli keluarga isteri. Baik ibubapanya, adik-beradiknya dan lain-lain. Mereka akan jadi begitu sensitif sehingga dengan mudah meminta cerai dan menganggap suami tidak menghormati keluarganya. 

Hakikatnya ketaatan isteri kepada suami adalah melebihi ahli keluarganya, bahkan isteri seharusnya bijak menilai dan memperbaiki apa yang keruh serta memperbaiki kekurangan keluarganya atau memperbaiki pandangan suaminya terhadap ahli keluarganya dengan menonjolkan akhlak yang baik. 

--------

Talbis Iblis kepada kaum wanita amat hebat, di dalam perselisihan suami isteri, sikap sombong dan angkuh seseorang perempuan akan dipergunakan oleh iblis untuk menghancurkan rumahtangga dan agamanya. Ini kerana apabila marah dan merasa tercabar oleh suami, ramai wanita suka meminta cerai sekalipun ianya berdosa dan haram tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. 

Diriwayatkan bahawa baginda salallahualaihiwassalam pernah bersabda ; 

أيُّما امرأةٍ سألت زوجَها طلاقاً فِي غَير مَا بَأْسٍ؛ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ

'Mana-mana wanita yang meminta kepada suaminya untuk diceraikan tanpa sebab maka haram ke atasnya bau syurga.' [Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi] 

Bahkan, si isteri itu selalunya disebabkan oleh amarah melakukan perkara yang berlanggaran dengan syariat seperti keluar rumah tanpa izin suami, melakukan perkara2 yang salah seperti menceritakan masalah rumahtangga kepada orang yang tidak sepatutnya, mengumpat suaminya dan lain-lain yang padanya hubungan mereka telah putus sedangkan selagi belum talak atau khulu' mereka masih suami-isteri dan dosa pahala serta hak suami-isteri masih berlangsung antara mereka !

Sumber, ustaz emran Ahmad 

Comments

  1. Pengalaman harian saya ialah orang perempuan suka mendedahkan aib keluarga suami seolah keluarga dia saja yang sempurna...kasihan sang suami

    ReplyDelete
  2. sebab tu perkahwinan ini besar perkaranya, bukan sekadar penyatuan dua jiwa, tapi dua keluarga dan siisinya kan? samalah kita muhasabah diri kita...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..