Allah memberi Apa Yang Kita Perlu..bersabarlah!


Kata sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Mas'ud RA,

إن العبد لَيَهمّ بالأمر من التجارة والإمارة ، حتى ييسر له ، فينظر الله إليه فيقول للملائكة : اصرفوه عنه ، فإني إن يسرته له أدخلته النار ، فيصرفه الله عنه ، فيظل يتطيّر ( أي يتشاءم ) ، يقول : سبقني فلان ، دهاني فلان ، وما هو إلا فضل الله عز وجل

'Seseorang hamba itu mungkin berharap pada sesuatu urusan baik perniagaan dan kedudukan sehingga dia hampir memilikinya lalu apabila Allah melihat hal yang demikian pada dirinya maka Dia berfirman kepada malaikat dengan berkata :


 ' Jauhkan hal itu daripadanya kerana sesungguhnya jika dipermudahkan baginya memiliki perkara tersebut nescaya Aku akan memasukkan dia ke dalam api neraka. Maka dijauhkanlah hal itu daripadanya sedangkan hamba itu pula merasa ianya sesuatu keburukan lalu mengeluh dengan berkata orang lain telah mendahului aku, orang lain lebih baik dariku sedangkan yang sebenarnya hal itu adalah kelebihan dari Allah Azza Wajalla (kepadanya).'

[Jami al-Ulum wal hikam, Ibn Rejab Al-Hanbali]

Bersabarlah dan jangan berputus asa daripada berusaha dan berdoa !


sumber

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..