Posts

Showing posts from November, 2013

Bahagianya di dunia jika...

Image
Kebahagiaan di dunia

Ada orang menyangka kebahagiaannya adalah dengan memiliki gadis/lelaki yang dicintai. Namun setelah berhasil memiliki pasangan idaman dia tidak pula bertambah bahagia. Mana tidaknya, bimbang si dia curang, berubah hati dan lain-lain. 

Takut kehilangan sering membawa derita. Demikianlah dunia selalu membawa resah.Malangnya kita masih tertipu dengan mengharap semuanya mudah dan tidak akan bermasalah. 

Hakikatnya dunia ini ujian dan ianya pasti tak akan mudah dan berjalan mengikut perancangan kita. Kerana itu hanya dengan yang merasa cukup dan redha dengan dunia yang diberi oleh Allah barulah kita akan benar2 merasa bahagia. 

Nabi salalallahualaihiwassalam bersabda;

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

“Yang namanya kaya (ghina’) bukanlah dengan banyaknya harta (atau banyaknya kemewahan dunia). Namun yang namanya kaya itu’ ialah hati yang selalu merasa cukup.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Aiskrim pelangi ala Paddle Pop...

Image
lePas ni buat sendiri je x payah susah2 nk beli.. ^_~

A) 1/2 tin susu pekat
3 cwn susu segar (sy pakai susu HL)
C) 2 sudu kecil ovellate
D) 2 sudu kecil vanilla (essen vanilla)
E) Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (boleh tukar kaler ikut kegemaran)

Cara2:
1) Bahan a,b,c,d blend or mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna..
3) Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis..
4) Simpan dalam peti sejuk beku.... Dah beku, boleh la dinikmati...

P/s: Untuk resepi di atas saya guna blender pun boleh...

jom ke langkawi!!!The BV-Langkawi Homestay Villa

Macam comellll Jew....

Image
macam comelll jew kata orang sekarang bila tengok nenas comel belakang rumah bonda ni. ingatkan nenas bantut,sebab saiznya tak lebih coin 50sen. rupanya memang spesis nenas batu ni cenggini. elok dimakan untuk ubati kencing tak lawas dan batu karang. saya nak petik, macam belum masak. ambik gambar je dulu,,tapi tangan macam gatalllll je nak pegang...









 rose @ The BV-Langkawi Homestay Villa

Rumahku wangi..syurgaku..

Image
Tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud beberapa kawasan di sekeliling rumah yang tidak mempunyai bau yang enak. Jadi mari kita lakukan sesuatu! Berikut merupakan empat petua yang berguna untuk memastikan supaya...1 – Almari Anda Tidak Lagi Berbau Hapak
Konteks: Apabila digantung di dalam almari, ia cuma mengambil masa beberapa minggu sebelum baju panas kegemaran kita mula berbau seperti ia telah ditinggalkan di dalam kotak usang di loteng untuk berbulan-bulan.Petua berguna: Biar udara masuk ke dalam almari. Anda mungkin ingin membiarkan pintu almari terbuka sepanjang hari. Kemudian dalam kantung kasa yang kecil, letakkan beberapa ketul kapur yang dapat menyerap kelembapan atau garam mandian yang akan menjadikan almari berbau wangiDan juga: Bau hapak atau pakaian yang tidak berbau segar selepas digantung di dalam almari mungkin disebabkan oleh pakaian yang disimpan sebelum ia betul-betul kering. Cuba pastikan pakaian yang dijemur betul-betul kering sebelum diletakkan ke dalam almari.

Keangkuhan mu..wahai isteri...

Image
Keangkuhan seorang isteri terhadap suaminya ialah petanda kurangnya Iman dan lemah pemahaman terhadap kewajipan agama. Ramai wanita mudah tercabar 'keperempuanannya' apabila suami mengkritik & menegur perkara berikut ;

1. Fizikalnya, contoh jika suami kata 'awak tak mahu kuruskan badankah@ awak patut diet, jaga makan...

Lantas dia membalas, kalau abang tak suka saya, abang pergilah cari orang lain. >> Ini ayat sombong dan derhaka seorang isteri kepada suami.

Manakala isteri yang solehah akan menjawab, insyaAllah saya akan cuba usahakan. 

2. Keluarganya, ramai perempuan pantang benar kalau suami menegur keluarganya atau mengkritik sikap dan perangai ahli keluarga isteri. Baik ibubapanya, adik-beradiknya dan lain-lain. Mereka akan jadi begitu sensitif sehingga dengan mudah meminta cerai dan menganggap suami tidak menghormati keluarganya. 

Hakikatnya ketaatan isteri kepada suami adalah melebihi ahli keluarganya, bahkan isteri seharusnya bijak menilai dan memperbaiki apa …

Villa Nabila:Jangan bermain Api

Image
jangan main api kecil jadi kawan besar jadi lawan!
kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga
kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai
Beriman kepada yang Ghaib....

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, …

isteri nusyuz vs suami dayuz

Image
Isteri boleh jadi nusyuz (derhaka) di FB seperti apabila mendedahkan kelemahan suami dalam fb, mengadu2 lemahya suami dalam status. gagalnya suami dalam sediakan itu ini untuk diri dan keluarga, aibkan suami, maklumkan yang suami teruk dan etc. 
Suami pula boleh jadi dayus kerana biarkan isteri mendedahkan aurat di fb, bergedik posing dan tayang body, atau suami sendiri yang pamerkan gambar peluk dgn isteri dengan aurat terbuka, cium sedang intim etc. Biarkan isteri berhubungan dgn bf lama dan izinkan komunikasi intim dgn laki bukan mahram.share dari zaharudin.net

Suamiku,,engkau terbaik untukku..

Image
Doa ulangtahun perkahwinan ke 8...13nov2005-syurga! amin!

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci. Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal so…