TENDA BIRU...





21 september 2013 tarikh dinanti
Dari kl serta langkawi
Indera kayangan tempat dijanji
Sempena pernikahan alang dicintai

Iman, yaya juga rania
Menumpang acik dengan avanza
Dek kerana abah sibuk bekerja
Tiada dapat ikut sama

Bersama aseer juga ibu
Sepanjang jalan senyum selalu
Kadang berhenti hilangkan sendu
Akhirnya tiba tempat dituju

Ke konvo acu di siang hari
Unimap ke-8 ijazah dijanji
Ayah bonda gembira dikongsi
Hasil usaha tiada peri

Tiada sabar di dini hari
Cuaca panas tidak terperi
Konvo selesai kami pun usai
Menunggu majlis nikah tidak terurai

Kuntuman mawar jadi penyeri
Disemat di dulang kanan dan kiri
Membawa cincin permata hati
Juga hantaran seperti dijanji

Mangkuk tingkat kegemaran bonda
Juga ke majlis pasti dibawa
Diisi manisan dan juga halwa
Buat penyeri pemanis muka

Lepas isyak majlis dinanti
Rombongan persalinan cream menambah seri
Ayahanda bersamping bonda berselendang
Yang lain ikut serta tambah cemerlang

Ke rumah pengantin kami tujui
Handai terdekat sahaja merai
Tiba juga dirumah si ratu
Seluruh keluarga sudah menunggu

Majlis bermula aman dan damai
Sekali lafaz sudah termetrai
Mohd firdaus dengan mary sherlina
Moga bahagia hingga ke syurga

Jatuh juga air mata bonda
Kebahagiaan juga pasti didoa
Tangan digarap pelukan diterima
dari yang tercinta sang anakanda

selesai bergambar kami santap
nasi lauk kari juga air sirap
kuih muih sangatlah sedap
menutup majlis kaki berderap

dengan kesyukuran kami pulang
bawa juadah dan juga buah
selamat berbahagia buatmu alang
moga berbahagia, aman dan meriah!

Sempena pernikahan adinda Mohd. Firdaus b Abd Rahman dengan Marly Sherlina Bt Mohd. Sahal pada 21 September 2013.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..