Majlis Aqiqah ain Rania bt Abdul Razif 10 zulhijjah 1434h di Langkawi

Tarikh 10 zulhijjah 1434 akhirnya terlaksana juga hasrat melaksanakan Aqiqah untuk Rania. Walau pun afdhalnya Aqiqah pd hari ke 7, rezeki Rania adalah pada tahun pertama kelahirannya, alhamdulillah.

Dek kesibukan, kami Hanya sempat Kirim duit pada ayahanda untuk carikan kambing di kampung Dan bonda yang masakkan kurma Dan juga gulai kambing sehari sebelum aidiladha. Terima kasih banyak ayah bonda. Khabarnya ayahanda up lagi kos kambing untuk dapat yang Lebih besar, Moga diberkati olehNya..

Saya beli juga 50 keping beg kertas pink, bunga telur pink, sedikit  jajan Dan token untuk kanak- kanak. Itu pun, dek kelewatan Tiba di kg/ Langkawi, acu juga yang Bantu belikan telur mentah n such serta anak buah yg Bantu setting kan beg Dsb.moga Kalian diberkati.

Selepas solat sunat aidiladha, tetamu Dah sedia tunggu di laman rumah bonda, kami pun baru je Tiba Dari masjid. Majlis tahlil Dan Bacaan yaasin Terus di buat Dan kenduri Terus terlaksana. Ramai juga handai taulan yang datang. Alhamdulillah...

Doakan Moga kita Aqiqah kambing 2 ekoq pula tahun depan ye...Salam manis Dari Langkawi di aidiladha


Kefardhuan Aqiqah...

AQIQAH

APAKAH IBADAH AQIQAH?
Menyembelih haiwan pada hari ketujuh dan mencukur rambutnya (definisi menurut kitab Imam Ibnul Qayyim). Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)


BILA AQIQAH DILAKUKAN?
Boleh dilakukan dari bayi baru lahir sehingga akil baligh. Afdhal/utama ialah pada hari ke tujuh kelahiran bayi itu. Rasulullah bersabda “Semua anak bayi tergadai dengan aqiqah yang pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya" (Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81)


APAKAH HUKUM AQIQAH?
Hukumnya sunat mu'akad (dituntut).


APAKAH NAS-NAS BERKENAAN AQIQAH?
Rasulullah bersabda “Aqiqah dilaksanakan kerana kelahiran bayi, maka sembelihlah haiwan dan hilangkanlah semua gangguan darinya" (Riwayat Al-Bukhari )


Rasulullah bersabda ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)


BERAPA BILANGAN/BAHAGIAN BINATANG UNTUK QURBAN?
Untuk bayi lelaki, 2 ekor kambing. Untuk bayi perempuan, 1 ekor kambing. 
Ini merujuk kepada riwayat daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

Tetapi masih sah jika bayi lelaki hanya seekor kambing. Ini merujuk kepada riwayat dari Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

SAYA TELAH MELAKUKAN IBADAH AQIQAH UNTUK ANAK LELAKI SAYA DENGAN SEEKOR KAMBING. BOLEHKAH SAYA TAMBAH LAGI SEEKOR UNTUK CUKUPKAN 2 EKOR KAMBING?
Boleh dan sah,

BOLEHKAH SAYA LAKSANAKAN AQIQAH UNTUK CUCU/SAUDARA KERANA IBU BAPANYA KURANG BERKEMAMPUAN SEWAKTU ITU?
Boleh dan sah,

BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN AQIQAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI (TELAH AKIL BALIGH) KERANA DULU IBU BAPA BELUM MELAKUKANNYA UNTUK SAYA?
Boleh dan hukumnya harus.
 
sempena majlis aqiqah ain rania bt abdul razif pada 10 zulhijjah 1434h di teratak nenda, langkawi, Kedah, malaysia.
 












Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..