..kura-kura di tengah jalan...


pesan utama bila memandu..
JANGAN langgar sebarang objek di tengah jalan
ada sahabat yang melanggar ular sawa melingkar yang disangka tayar
amat bahaya bukan
encik suami pernah terlanggar monyet melintas dan mengakibatkan enjin kereta rosak
dan monyet mati!
saya pernah terlanggar kucing dan mengakibatkan saya trauma sepanjang hari

on the way balik rumah dari tol seri putra menghala tol nilai..
dari jarak 200m saya dah nampak macam ada objek di 1/4 jalan...


bila dekat..alamak! ia seekor kura-kura yang mengeluarkan kepalanya!
saya sempat elak dan kereta di belakang saya juga begitu
nak berhenti sewenangnya, ini highway, sangatlah bahaya
hasrat menyelamatkan kura-kura terpadam 
dek kemaslahatan saya dan anak-anak dalam kereta

dalam hati...
janganlah ada yang terlanggar makhluk Allah itu
tergambar di benak dah situsi begini...


walau punya cengkerang yang keras
kekerasan jalanraya/highway adalah di luar jangkaan bukan?

pagi tadi, di susur keluar tol nilai
saya sendiri nampak
motorist dilanggar lori

saya nampak motorist bingkas bangun dan bawa motor ke tepi jalan
saya cuma mampu mengucap panjang..
doakan keselamatannya
dan nyalakan hazard light dan susur kereta mini saya ke tepi...

pengguna lain juga tak dapat nak tolong
dek faktor selekoh yang bahaya
sangatlah hidup ini rapuh..
 

macam situasi kita harini
ada yang terbunuh di sana sini 
dengan kejam dan terancam
hidup kita sudah tidak selamat dan diancam ketakutan
dulu kita mungkin takutkan hantu
sekarang hantu pun dah takut dengan kita!
dek keganasan yang kita lakukan

namun
pastinya telah dijanjikan ajal oleh Allah
tapi kadang kita berada di salah masa dan salah tempat
macam kura-kura tadi..
elok-elok dalam hutan
dah berada di tengah highway dan diancam bahaya

kita juga selalu terdedah
kerana hidup kita sudah mobile
kadang terdedah dengan ancaman pelbagai bahaya
terutama kemalangan dan jenayah
nauzubillah

diri kita dan keselamatan amatlah fragile
bila fikirkan takut..macam tak nak kelaur rumah kan?
tapi life goes on

yang penting...
tawakkallah kepadaNya...
doa banyak-banyak..
dan bacalah doa pendinding 3 kali pagi dan 3kali petang
..insyaAllah


moga Allah melindungi dan merahmati kita selalu..amin!


Langkawi blaque villa (homestay)

2 day 1 night stay
RM160  RM140
Book now!
012-310 6096
012-331 3020

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..