bila student mengumpat kita di blog...


budak laki.. athaillah je tak dak..
petang itu, its happen that saya tetiba googgling on something, tetiba ternampak satu gambar saya dengan students/ lebih tepat mentee saya. gambar tu adalah dari salah satu pertemuan mentoring di kuis. lebih tepat lagi, pertemuan yang mentee saya akhirnya jadikan ia bufday surprise party...image yang saya tengok di google itu membawa saya ke site yang miliki image tersebut...oooo ada posting blog rupanya...

tentang surprise itu saya maklum dan hargai, namun bila baca posting itu yang elaborate terperinci tentang pandangan students tentang saya, barulah saya tahu,,, rupanya students pandang saya ni garang ek....kakakakkah...YES! berjaya!

kalaulah mereka tahu, itu hanyalah personaliti seorang penyarah yang sangat tipikal. garang, rigid, panctual dan sebagainya. hakikatnya, itu hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja. pastinya pensyarah akan serius bila masuk kelas, betul tak? baru kena pada tempatnya..dan yes, itu adalah personaliti saya. tapi dalam kehidupan harian, saya lebih mesra dan warmth...heh

aduhai mentee..sebenarnya, saya sangat concern tentang anda dan dunia anda terutama dunia akademik. tersangatlah sayang pada anda, macam anak/adik sendiri, tapi takkan lah sampai nak kena timang-timang ye tak. bak kata pepatah, sayangkan anak,,tangan-tangankan..:) moga kalian berjaya dunia dan akhirat ok

sila baca copy paste artikel students saya ni...sangat menarik....

* untuk qisti zahra..terima kasih atas posting anda, mana lagi posting tentang banyak lagi program mentoring kita????

Surprise.. Jeng Jeng Jeng

Assalamu'alaikum especially to my follower secara senyap.. :P

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 6 Julai 2012, ada event yang saaaangat besar.. err.. besar ke? tak la besar mana.. cuma itu baru pertama kali perancangan itu dirancang.. haha.. nak tau apa dia? haaa.. cuba tengok gambar kat bawah ni..


cantik tak kek ni? hehe.. jangan main-main..

haa.. tau kan apa benda? yaaah.. tepat sekali.. perancangan buat surprise birthday untuk mentor kelas aku.. nama mentor aku.. Puan Rosfazila Abd Rahman.. meh nak cerita sikit tentang diri dia.. dia ni seorang yang amat pantang kalau pelajar tak tepati waktu.. dia hanya boleh terima pelajar lewat.. 10minit 11saat.. lebih dari tu. dia akan marah la. apa lagi.. hehe.. dia juga seorang yang penyayang hakikatnya.. sebab aku nampak sifat tu time dia satu-satunya pensyarah yang ajar step by step nak buat kertas kerja a.k.a assignment like thesis..aku baru tau the proper way untuk buat assignment siap dengan foot note bagai.. hee.. terima kasih banyak untuknya.. tak kurang juga.. sikapnya yang proaktif.. lebih suka bertindak dari banyak berkata-kata.. contoh time mentee dia ada yang nak bunuh diri disebabkan putus cinta.. ada orang nak bebel dulu baru nak tolong.. dia tak.. walaupun kereta dia jadi mangsa darah dan segala muntah mentee tu.. its ok demi keselamatan.. ohh yeah.. dia mengandung.. :) tak sabar nak jadi "kakak" untuk anak dia.. dia kata dia mungkin akan bersalin time kami semua final exam.. haa.. senang citer.. pelajar-pelajar tempat aku belajar.. ramai takut+cuak+ngeri+macam-macam negative thingking kat dia.. sebabnya.. personaliti dia.. orang kenal, dia adalah seorang yang garang.. *macam aku la pulak..ayyak.. like mentor like mentee*

ok.. nak dijadikan cerita.. aku and da geng.. apa lagi. rancang la macam-macam a day before event.. haa. nak tau apa kitorang rancang?
these are the list.. :p

first, beli kek.. ohh.. ada complicated... sebabnya kedai kek kata kalau nak tempah kek.. 2days before.. tapi kitorang datang nak on the spot.. memang tak dapat.. disebabkan aku ni jenis nak cepat je kan. aku pun dengar dengan teliti penjelasan geng aku yang ditugaskan survey kek.. then aku putuskan.. beli kek dua tingkat.. tak kisah lah harga berapa.. cuma terkilan tak dapat beli kek cheese.. sebab puan suka kek cheese.. how come aku tau? ada la.. biarlah rahsia.. :p pastu sudu ngan pinggan kertas aku ngan mashitah dah beli siap-siap..
seterusnya, beli air.. macam-macam la. ada yang kata terus beli air kotak besar la.. air gas la.. tapi aku membangkang.. disebabkan akan keluar lagi banyak bajet.. ye la. nak kene beli cawan lagi. air gas pulak mana elok untuk orang mengandung.. soo akhirnya.. ada yang bagi idea.. beli je air kotak kecik.. terus minum then buang je.. dan yang paling best. aku menggunakan khidmat abang sedara kesayangan aku lagi.. untuk tolong belikan air kotak tu hari jumaat tu jugak. habis je kelas dia. terus aku suh dia beli.. lagi cepat dia buat kerja dari budak laki kelas aku.. haha.. kadang-kadang kejam jugak aku.. semuanya nak abang sedara buat.. kesian dia. dapat adik sedara pembuli macam aku.. tapi dah dia baik sangat.. ohh.. i love him soo much.. without him.. spoil rancangan.. 

haa.. berikutnya.. kitorang plan akan buat mentor kitorang ni marah, bebel semua la.. kitorang plan hanya separuh je kawan kelas yang masuk kelas. yang lain akan masuk lambat.. soo yang terpilih untuk masuk lambat of course bukan budak yang skema.. iaitu.. aku ( mestilah kan.. the brutal ), kak farah, ira, ana, shahrul, nasrul dan airil.. haa.. tau apa kitorang yang konon lambat masuk kelas nak buat apa? kitorang buat macam ni..

budak laki akan ketuk pintu kuat-kuat.. dan aku bagi arahan time tengah bincang tu.. "korang ketuk pintu tu bagi sampai nak roboh bangunan ni tau".. (aku main-main je kan.. taapi.. ikuti kisahnya.. jeng jeng jeng).. pastu korang akan halang kek tu. kira korang akan berdiri depan pintu time puan bukak pintu.. budak perempuan bawak kek dah siap pasang lilin semua berdiri belakang korang. andai kata kalau puan tak bukak pintu.. tak pe. aku dari dalam akan bukak pintu. dan akan kata ada orang nak jumpa puan.. dan time nak briefing budak laki ni pun tak kurang complicatednya.. mana tak nye.. dorang tak datang kelas pagi tu.. pastu bangun lambatnya.. pastu dah nak dekat dah masa kejadian.. dorang baru nak mandi bagai.. haa. memang sedap la kena bebel.. lagi-lagi aku dah agak sangat.. malam jumaat tu. aku top up la fon.. untuk bersedia nak bebel kat siapa siapa yang nak buat hal.. kan dah kene.. sorang sorang.. ohh tapi dorang pun pandai.. aku dah bebel bebel.. lama sikit.. dorang hantar mesej.. "jap..nak dekat sampai. selawat".. cis.. ada selawat.. terus tak jadi nak sambung bebel. haha. tak patut betul dorang ni.. 

ok. panjang sangat la pulak kalau nak citer complicated dan segala lucu yang terjadi sebelum event. straight to the point je la. kejadian berlaku macam ni..

puan masuk kelas.. as usual.. then bukak dengan fatihah and starts bercerita pasal buku pink mentor.. siap perli perli lagi mana kawan kawan yang tak masuk kelas lagi ni.. (menurut geng yang skema yang ada dalam kelas) 10minit kemudian.. tok tok tok.. aku pun masuk sorang sorang dalam kelas.. "maaf puan.. lambat" dan terus mengambil tempat duduk.. ohh puan tak menunjukkan sebarang reaksi.. tak marah aku pun.. ok tak pe. planning belum fail. dari dalam.. aku akan bagi isyarat kat nasrul.. err sepatutnya kat kak farah. tapi terkalut kalut. kak farah tertinggal fon dalam kelas. begitu jugak dengan budak perempuan yang lain. makanya aku kene la mesej nasrul dari dalam. bagi isyarat. "salam. ok. korang boleh masuk dh. selawat" ..

15minit kemudian.. tok tok tok.. dong dong dong.. *bunyi memang real macam ada pengganas datang.. perghh* puan dari dalam.. "ish.. siapa yang ketuk kuat sangat tu? nak jadi samseng apa.. ni dah vandalisme.. budak belajar agama tak reti ketuk elok-elok ke" macam-macam la puan dah mula angin.. hahaha.. dalam hati.. "yesss.. berjaya".. aku pun.. "puan..err.. jap. biar saya tengok".. aku pun pergi kat pintu.. bukak.. dan cakap kat puan. "puan.. ada orang nak jumpa puan".. puan balas, "haa. kenapa? suh dia masuk".. *alamak.. plan failed..tukar plan* kat pintu cakap ngan shahrul.. "weyh..masuk je la".. dorang pun masuk.. dan terus nyanyi.. "Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu... ila akhiri song" sambil kek yang lilinnya ber"sparkling" mengiringi dari belakang.. hi hi hi.. puan pun apa lagi.. terkejut.. nangis terharu.. dari luar dan dalam nyanyi lagu ucap selamat.. ohh.. saat tu memang indah..

*tepuk tangan*

puan pun meniup lilin tu.. nak dijadikan cerita.. lilin tu kan sparkling.. soo puan tiup tiup banyak kali tak mati mati lilin tu.. saya pulak mengambil alih tiup lilin.. sampai la tudung saya terkena kek.. haha.. habis tudung..

puan mula memotong kek.. dalam terkejut sebab 2tingkat..
 atas kek tu.. tertulis.. " Happy Birthday Mentor".. puan pun kata la.. selama 35tahun ni baru pertama kali ada orang buat dia macam ni. hehehe.. dari dia bebel bebel. nak marah. vandalisme bagai.. terus nangis tu.. hihi.. puan asyik kata.. "Allahuakbar".. sambil tutup muka.. dan usap air mata dia.. kalau tengok video dia terkejut lagi cute.. tapi tak reti la pulak. He He He. pastu puan ajak kami semua tangkap gambar bersama.. yela.. kitorang nak tangkap gambar dia ngan kek.. dia segan.. so.. mula-mula pelajar perempuan yang tangkap gambar dengan dia.. then laki plak..

budak perempuan.. tudung aku spoil.. haha..


budak laki.. athaillah je tak dak..

haha.. time tengah sibuk-sibuk potong kek.. budak dua orang yang dah dapat kek ni. xde keje. :P budak dua ni la yang ketuk pintu bagai nak pecah.. memang terbaikk.. haha..

sebahagian budak perempuan..
haaa.. ni la serba sedikit gambar-gambar hari kejadian.. hihihi.. pasal lamar tu.. nanti la cite..
sekian....

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..