the requested kambing!


biasanya disebut rumah terbuka, saya guna istilah tertutup sebab ia tidak terbuka. heh
dalam kalangan handai taulan yang faham, difahami bahawa jemputan terhad. sudah macam jadi amalan pula menjemput kawan-kawan by group atau by request. iyelah, nak adakan openhaus besar-besaran kurang mampu juga masa terhad. almaklum, kita juga terlibat dengan aktiviti merai jemputan orang lain. namun, syiar merai tetamu dan mengeratkan silaturrahim pada syawal lalu tetap terlaksana walau dalam skala kecil dan dalam fatrah syawal yang TELAH berlalu!

sahabat nan satu ini adalah unik. si isteri adalah senior saya di UIA juga ex-housemate saya. sang suami pula juga senior saya di UIA, ex-housemate encik suami juga rakan sekerja kami di KUIS. anak-anak kami kebetulan sama, 3 orang puteri dan mereka amat akrab. kecik dunia ni kan? dan bak kata orang, kalau nak rapat hubungan, tidak semestinya ahli keluarga.

petang itu sebenarnya kami yang request nak datang rumah mereka berziarah raya. sebelum tu sang suami dah datang dgn 2 puteri ke teratak kami, ketika tu saya cuma masak apa yg ada, nasi impit dengan ayam masak merah serta lontong. bila turn kami request nak datang rumah mereka, encik suami berseloroh untuk dia masak kambing sebab kami dan mereka memang hantu kambing. cuma lately agak kurang buat bbq and such sebab bz.

sebelum attend rumah mereka, kami singgah sambut bufday anak kenalan berdekatan.. sambil di fb, si isteri dah upload gambar sang suami buat preparation nak sambut tetamu /kami. at last sampai agak lambat, sian mereka menunggu,,,minta ampun banyak-banyak. lantas mereka terus surve kambing bakar dengan sos istimewa. diapit dengan salad kentang juga jagung. sedapnya masyaAllah!saya kekenyangan dek lama tak makan kambing bakar yang sedap hingga mee bandung muar tidak bersentuh dek kekenyangan itew...


kambingnnya enak lagi empuk juga sangat moist...


untuk tuan rumah, lain kali jemput lagi ye...
saya dah minta resepi, tapi nampaknya resepi dirahsiakan
dan terpaksalah kami untuk request datang lagi lain kali...hahaha

salam kambing bakar

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..