suka duduk wad tapi...part 2




Baru je saya post dan puji hospital putrajaya
Tentang servis dan fasiliti yang bagus
Nak juga mencalarkan kredibiliti itu
Ada isu akauntabiliti pula…

Saya malas nak besarkan hal ni
Tapi rasanya, telah menjadi tanggungjawab sosial saya
Untuk kupas perkara ini

Dek akauntabiliti yang lemah.
Saya telah kena penalty rm150
Aik?kena bayar pulak?
Apa kes..?

Sebelum kita cerita panjang tentang isu akauntabiliti ni
Tahu ke akauntabiliti ni apa?
Senang cerita, bak kata kita orang Islam…kejujuranlah..akhlaq mulai gitu
Saya bawakan dulu cerita akauntabiliti di sebuah hotel bajet yang saya diami 

Sedikit masa lalu ..di Cameron highland, Malaysia
Belum sempat saya turun dari tanah tinggi itu
Pihak hotel ada hubungi encik suami
Minta singgah segera ke hotel dan collect barang tertinggal
Biasalah, isu lupa ni sering terjadi bila kita menginap
Tak boleh nak salahkan juga bila dah terlupa
tapi rasa sangat best bila barang kita terlupa, dijumpa semula
 
Moral: bagi yang menginap, jangan mudah lupa, buat check up again and angain upon leaving.

Nak dicerita..sungguh bagus akauntabiliti mereka
Menyimpan dan memulangkan barangan milik tetamu

Jom cerita tentang hospital putrajaya
Saya baru on the way back, selepas discaj menuju ke enstek
Teringat ada tertinggal barang di bed 6
Ianyanya adalah charger i-pad 4!
Encik suami dah muncung sebab marahkan saya yang terlupa
Saya masih cool dan berdoa charger itu masih ada
Almaklum,,hospital…patutnya berakauntabiliti tinggi

Saya lantas telefon terus ke wad 2c
…ada yang menyambut panggilan saya dan membuat semakan di katil 6
Dukacita dimaklumkan, charger itu sudah tiada!
So fast??

The next  day, saya telefon lagi dek berharapan tinggi
Dan tak puas hati
Jawapan masih sama
Baranga dicari sudah tiada!

Saya gantikan charger tersebut dengan harga RM150
Dan berharap agar dapat berjumpa siapa yang mengambilnya/terambilnya di akhirat nanti…
Mungkinkah doktor, atau jururawat, cleaner, pesakit atau sesiapa?

Bayangkan, dia datang jumpa saya di akhirat nanti dengan membawa charger i-pad 4 ditangan……

Moral 2: jangan ambil barang yang bukan milik kita!

Walaubagaimanapun, saya perlu dipersalahkan 100% kerana terlupa….
Aduhai charger ipad4…..

Salam akauntabiliti dari roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..