masuk tv al hijrah..part 2



Masuk tv juga akhirnya..

Pagi 13 september 2013, klip tentang sambutan hari Malaysia 2013 muncul juga dalam slot pagi Assalamu’alaikum TV al-Hijrah memaparkan diriku memberikan sedikit pendapat. Hebat rupanya perasaan bila melihat diri sendiri di skrin tv ye. Bukan riak ok, Cuma teruja…al maklum, bukan senang nak muncul dalam tv dan diri kita di personalize sedemikian rupa. Kita juga bukan selebriti yg sering muncul dan bukan juga familiar face. Apa pun,Alhamdulillah…

Kenapa saya masuk tv?
Nak kata blogger terhebat sebab masuk tv, tidak juga. Tapi memang excited bila di approach wartawan utk sesi interview. Ini semua berkat student saya. Ex-student maksud saya. Rupanya wartawan tu ex-student  KUIS dan adik beliau adalah ex-student saya. 

Saya Tanya, kenapa tak interview pensyarah awak dulu?
Katanya..
Adik saya kata puan lagi best!
Alhamdulillah, I take that as a compliment
Tambahnya lagi, saya sengaja nak interview muka baru..
See? Manalah tau..lepas ni dapat peluang muncul sesi dialog ke kan?

Nah…masuk tv kali ni saya kira adalah berkat student saya
Saya bangga dengan mereka
Dan siapalah pensyarah tanpa student
Dan,,siapalah student tanpa pensyarah..kan?

p/s: x sempat ambik gambar sebagai bukti, nantilah posting lepas ni sy letak gambar, sebab sofie dah kol, invite jadi guest untuk sambutan hari malaysia 16 september nanti....insyaallah

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..