Homemade fried chicken Rose style versi ekspress


musim syawal ni kadang rumah menerima tetamu
nak kata tak diundang, macam tak sedap bunyinya
lebih sedap, tetamulah, tapi undangannya short notice
contoh:
ada kat umah tak? kami otw nak beraya ni...

haa..mahu kelam kabut
ada satu hari yang berbahagia
kebetulan encik suami clearkan kotak misteri kami/freezer
tup2jumpa potongan ayam...

bila ada tetamu mengejut
saya tanya encik suami
kalau saya goreng ayam ni ok tak
partner lah dengan nugget cket n kentang goreng
encik suami kata, lulus!

apa lagi...
macam nilah crita resepi mudahnya

ayam yg telah dipotong, dibersihkan (6 ketul)
 1 telur dipukul ringkas
5 s/b tepung jagung + secubit garam + lada sulah + secubit kunyit

gaulkan ayam dengan telur
oleskan dalam tepung gaulan tadi
goreng dalam minyak panas

bila garing dan keperangan
angkat dan hidangkan panas dengan kentang goreng serta sos

licin!
mungkin mkn pns2 sedap kot
atau tetamu dah jemu makan ketupat rendang?
saya bisik encik suami
sedap ke ayam goreng saya?
dia kata sedap!
haaa lulus la tu kan?

nak cuba? silalah...

salam manis...
roselangkawi


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..