Dunia yang sangat Baharu!


tahniah kepada pengantin baru adam af dan fiza elite
bukan niat saya nak cerita tentang celebrity
tapi cerita lain disebaliknya
saya baca post ben ashari tentang perkahwinan mereka
dan saya setuju, yang saya sendiri tak percaya yang gambar kawen itu mereka!

moral: 
dunia kita ni sangatlah baharu! yang putih tak semestinya putih selamanya dan yang hitan tak akan hitam selamanya. jika Allah merencanakan yang terbaik, terima dan redho..serta bersyukur.

pernikahan celebrity ini menginsafkan saya. hidayah akan datang pada yang mencari, jodoh akan datang bila sudah sesuai dan maut akan mencari bila masa dah sampai.

ada sahabat secara sinikal menyindir saya yang bertudung ready made ni...saya ingat tapi tidaklah ambil hati..
katanya...dia sampai mati pun takkan pakai tudung macam saya! dengan alasan suami tak bagi!
tapi, belumpun mati, saya sendiri tengok dia sendiri yang menyarung tudung yang macam saya pakai...
takpelah sahabat, asal cukup syarat tutup aurat, bukankah itu sudah cukup baik.?

saya insaf, dengan mengatakan, kita perlu reserve bila beri statement dan sebagainya kerana dunia sekarang amat baharu. bak kata orang, Allah boleh bayar cash!jika dengan izinNya..

doakan momentum hidayah sering lekat di dalam jiwa kita dan supaya cahaya iman itu tidak pudar....

kitalah manusia yang baharu, sedangkan Allah itu kekal!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..