Posts

Showing posts from September, 2013

sama tak3x...?

Image
dah hari-hari dok baca blog ben ashari geram tengok si qhaliff iman anak teruna ben mana taknya,, hari-hari dok appear kat dashboard
tapi memang geram kat qhaliff, makin hari makin cerdik (takmo cakap macam sapa coz bapak dia hari-hari dok cakap macam dia...jangan marah ben) tak kiralah macam mana pon, saham mak dia tetap ada kat situ..heh
bila meneliti kisah qhaliff rasa tak rasa kekok sangat sebab saya ada rania yang punya crita yang sama cuma geli hati bila tgk gelagat qhaliff dan rania yang hampir serupa almaklum..budak-budak..
tapi dah lama dok perasan sendiri nak buat posting segan pulak iyelah, anak blogger ternama kang dikata nak tumpang populariti pulak..iye tak
tapi takpelah.. saya pun nak jugak crita sal anak saya


yang buat terkait dengan qhaliff iman ni sebab saya dok perati.. qhaliff dan rania neh macam sama tu yang nak suruh tgk.. sama tak..3x? mungkin rania pun sepet macam qhaliff (kami sampai la ni dok pk, datang dari mana sepet si rania neh) tapi ramai yang cakap..macam maknya...jangan mare
ap…

Rania dah satu tahun!

Image
selamat hari lahir anakanda masih teringat setahun lalu kita ditemukan selepas 9 bulan sepuluh hari Rania berada di dalam mama!
bagai cepat masa berlalu dari tapak kaki sebesar 2 jari hingga menapak berjalan  senyumanmu..tawamu memang pengubat gundah
selamat hari lahir yang pertama moga anakanda sihat sejahtera jadi anak yang solehah dan cemerlang duni akhirat
selamat hari lahir ain rania 30 sept 2013! 
kek di atas hanyalah hiasan ilham cipta dari sifu cida macam nak duplicate kek ni nanti tengok jadi macamana....

Dunia yang sangat Baharu!

Image
tahniah kepada pengantin baru adam af dan fiza elite bukan niat saya nak cerita tentang celebrity tapi cerita lain disebaliknya saya baca post ben ashari tentang perkahwinan mereka dan saya setuju, yang saya sendiri tak percaya yang gambar kawen itu mereka!
moral:  dunia kita ni sangatlah baharu! yang putih tak semestinya putih selamanya dan yang hitan tak akan hitam selamanya. jika Allah merencanakan yang terbaik, terima dan redho..serta bersyukur.
pernikahan celebrity ini menginsafkan saya. hidayah akan datang pada yang mencari, jodoh akan datang bila sudah sesuai dan maut akan mencari bila masa dah sampai.
ada sahabat secara sinikal menyindir saya yang bertudung ready made ni...saya ingat tapi tidaklah ambil hati.. katanya...dia sampai mati pun takkan pakai tudung macam saya! dengan alasan suami tak bagi! tapi, belumpun mati, saya sendiri tengok dia sendiri yang menyarung tudung yang macam saya pakai... takpelah sahabat, asal cukup syarat tutup aurat, bukankah itu sudah cukup baik.?
saya insaf…

the requested kambing!

Image
biasanya disebut rumah terbuka, saya guna istilah tertutup sebab ia tidak terbuka. heh dalam kalangan handai taulan yang faham, difahami bahawa jemputan terhad. sudah macam jadi amalan pula menjemput kawan-kawan by group atau by request. iyelah, nak adakan openhaus besar-besaran kurang mampu juga masa terhad. almaklum, kita juga terlibat dengan aktiviti merai jemputan orang lain. namun, syiar merai tetamu dan mengeratkan silaturrahim pada syawal lalu tetap terlaksana walau dalam skala kecil dan dalam fatrah syawal yang TELAH berlalu!
sahabat nan satu ini adalah unik. si isteri adalah senior saya di UIA juga ex-housemate saya. sang suami pula juga senior saya di UIA, ex-housemate encik suami juga rakan sekerja kami di KUIS. anak-anak kami kebetulan sama, 3 orang puteri dan mereka amat akrab. kecik dunia ni kan? dan bak kata orang, kalau nak rapat hubungan, tidak semestinya ahli keluarga.
petang itu sebenarnya kami yang request nak datang rumah mereka berziarah raya. sebelum tu sang suami …

The Livin heaven...

Image
Tid Bit Parenting 23 : Seni Buaian, Method Pendidikan ‘Jiwa’ Terawal Selepas Kelahiran.
Jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah JIWA manusia.

Ungkapan tersebut jelas menampakkan bahawa jiwa manusia menjadi cerucuk utama yang perlu dibentuk dan dipelihara seawal seorang bayi diayunkan, didodoikan dan diendoikan di dalam buaian. Sekaligus, ia merangkaikan peri pentingnya ‘sentuhan serta belaian lembut’ seorang ibu sehingga mampu membentuk sebuah peradaban manusia yang berdiri utuh dan kukuh.

HARI INI ramai mengeluh dengan akhlak anak yang kaku. Namun, anak tidak sewajarnya dipersalahkan sepenuhnya kerana kebarangkalian terdapat barang secebis kedangkalan dalam proses pembentukan permata tersebut pasti ada. Jangan salahkan intan jika sinarnya tak menyerlah, perbaikilah jauhari yang mencanainya.

Secara analogi, budaya buaian sudah menjadi amalan terhadap setiap bayi pada …

Demam, JANGAN ambil mudah

Image
Puteri bongsu Rania warded di hospital putrajaya untuk 3h2m Kerana demam panas Dan sawan traik.


Puteri sulung 7 thn Dan puteri tengah Dah 5 tahun. Memang demam Macam biasa dalam kalangan kanak2. 
Pernah Ada pengalaman handle demam budak tapi itu tidak bemakna Risiko dapat dielakkan 100 peratus.
Mungkin sebab Rania budak yg aktif Dan tidak sangat menunjukkan kedemamamnya, lantas sy mungkin terambil mudah Dgn menyangkakan demamnya biasa2 shj. Tapi Selepas sehari nia demam, malam kedua, suhu badan mungkin Telah sampai tahap puncak.

nia merengek dan terus diam!waktu itu 330 pagi!saya minta suami basahkan badan nia tapi nia kejang dang tidak bergerak. saya basahkan kain pelikat, dukung rania ke klinik. nia tarik lebih 5 minit dan suhu badan di klinik 39'c.  di  klinik nia mula respon dan kami terus bawa ke putrajaya.

selepas dibasahkan sepanjang malam, drip air, ambil ujian darah dan urine, nia dapat discaj selepas 3h2m. saya terus ambil ingatan dan berjaga-jaga bila nia demam.


APAKAH YANG D…

suka duduk wad tapi...part 2

Image
Baru je saya post dan puji hospital putrajaya
Tentang servis dan fasiliti yang bagus Nak juga mencalarkan kredibiliti itu Ada isu akauntabiliti pula…
Saya malas nak besarkan hal ni Tapi rasanya, telah menjadi tanggungjawab sosial saya Untuk kupas perkara ini
Dek akauntabiliti yang lemah. Saya telah kena penalty rm150 Aik?kena bayar pulak? Apa kes..?
Sebelum kita cerita panjang tentang isu akauntabiliti ni Tahu ke akauntabiliti ni apa? Senang cerita, bak kata kita orang Islam…kejujuranlah..akhlaq mulai gitu Saya bawakan dulu cerita akauntabiliti di sebuah hotel bajet yang saya diami 
Sedikit masa lalu ..di Cameron highland, Malaysia Belum sempat saya turun dari tanah tinggi itu Pihak hotel ada hubungi encik suami Minta singgah segera ke hotel dan collect barang tertinggal Biasalah, isu lupa ni sering terjadi bila kita menginap Tak boleh nak salahkan juga bila dah terlupa tapi rasa sangat best bila barang kita terlupa, dijumpa semula Moral: bagi yang menginap, jangan mudah lupa, buat check up again and angai…

Tv al hijrah: zon aulad dan jumpa Irma hasmie

Image

jumpa ustaz Don?

Image
sungguh sinonim tv hijrah dengan ustaz Don and vice versa sampai ke tv hijrah.. surayya tanya..
kita nak jumpa ustaz don ke mama? kami tergelak ramai-ramai
iyelah.. ustaz don kan kawan mama?
kata surayya lagi penuh innocent
iyelah...ustaz don kawan mama kat kuis jawab saya
kenapa tak jumpa ustaz don kat kuis je tanya saya pada surayya
tah...tak penah nampak pun ustaz don kat kuis kata surayya yakin
awak ke kuis pun tak penah mana nak nampak ustaz don kata saya.. buat surayya tersenyum mengaku
mama kat kuis pun tak jumpa ustaz don..
tapi jumpa jugak sekali kat parking .. ustaz don panggil saya Kak Rose je
pa habaqqqqq katanya... baq baek..jawab saya amboi hanimun langkawi nah.. tak sudi singgah umah akak saya berseloroh
bukan tak sudii........ ustaz don tak habiskan jawapannya...
macam tulah ustaz don moga sentiasa humble begitu dan majujaya
untuk tidak menghampakan iman dan surayya tu dia... dapat juga bergambar dengan ustaz don mereka di tv al hijrah.........hehehhe salam
@
roselangkawi di blaque villa (homestay)

masuk tv al hijrah...part 3

Image
sapa kata tak berdabar nak masuk tv saya ni mmg camera shy nak bergambar pun malu ambik gambar orang takpe
tu kadang kat fb atau blog pun jaaaaaarang sy disclose gambar sendiri segan... tapi tup2 masuk tv ek macam obvious pulak pagi jumaat tu sofie kol lagi encik suami yang angkat while im away somewhere in the house....ehem encik suami kata sofie tv hijrah yg kol dia minta kol atau sms balik
aik....saya pelik hati macam sedikit berbunga adakah????
saya mesej sofie... sofie terus balas bagitau nak jemput jadi guest live! di slot assalamualaikum tv hijrah wah.... masin mulut saya, dan sofie memang tepati janjinya
sofie kata akan emel saya soalannya... so that saya bolehlah prepare...kan ahad tu encik suami ajak jalan-jalan ke melaka bawa anak-anak ke zoo melaka, best...
ibaratnya, badan je yg berjalan hati dah tak keruan sambil2 saya note sikit talking point yelah kan..bukannya sesi forum yg perlu sy cakap panjang pun appearance pun mungkin dalam 5-10 minit je
tapi tak bermakna tiada persediaan perlu dibuat...
bali…