Sihat Syawal



SYURGA makanan." Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba 1 Syawal. Selagi tidak penuh meja, seperti tidak lengkap menu di pagi raya.

Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman disediakan untuk hidangan keluarga di pagi raya.

Ada yang bertanya, "cukup tak makanan kita hari ni?" Ada pula yang berkata, "tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk."

Selepas tiga hari menyambut Aidilfitri, timbul pula persoalan; "Adakah berat badan akan bertambah" atau "Kenapa badan semakin letih?" Perkara ini biasa berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Syawal. 

Bercakap mengenai juadah Aidilfitri, sukar untuk menafikan kebanyakan hidangan kita mengandungi kalori tinggi dan kolestrol yang akhirnya mengundang pelbagai penyakit.

Menurut Ketua Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Datin Farah Diba Khan, kolesterol adalah lapisan lemak yang wujud secara semula jadi dalam semua bahagian dalam tubuh badan.

"Kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kera
na ia berada dalam saluran darah.

''Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh," katanya.

Tambah beliau, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL.

Dalam konteks ini, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.

Justeru katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.

"Ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok," ujarnya.



Pengubahsuaian makanan 

Masalah akan timbul pada Aidilfitri apabila pelbagai hidangan yang menyumbang kepada kolesterol tinggi dihidangkan seperti ayam dan daging.

--Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)," katanya.

--elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat.

 

pengubahsuaian makanan perlu dilakukan.

Modifikasi makanan tidak hanya rasional buat individu yang berpenyakit, malah ia juga sesuai diaplikasikan oleh semua orang yang bercadang mengekalkan pemakanan sihat pada hari raya.

-- membuang kulit ayam yang hendak digunakan dalam masakan.

--kulit ayam mengandungi kolesterol tinggi dan berpotensi mengundang masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi penghidap darah tinggi


-- mengubah gaya masakan rendang dan kari tanpa menggunakan santan.

--Santan secara prinsipnya mengandungi kolesterol yang tinggi. Penggunaan susu rendah lemak untuk penyediaan juadah Aidilfitri lebih praktikal di samping rasanya yang lebih sedap.


-- boleh menggunakan santan tetapi perlu dicampurkan dengan susu rendah lemak. Ini bermaksud hidangan itu akan mengandungi separuh santan dan separuh susu rendah lemak.

Menerusi usaha-usaha tersebut, ramai orang dapat menikmati hari raya dengan tubuh badan yang sihat tanpa apa-apa gangguan kesihatan.

--pengambilan kalori berlebihan daripada makanan berlemak dan berminyak tanpa diikuti senaman akan menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak.

-- melakukan aktiviti fizikal untuk memastikan badan mengeluarkan peluh.

-- tidak perlu berlanjutan sehingga sebulan hingga mengabaikan jenis makanan yang kita ambil. 

-- perlu bijak memilih makanan terutamanya ketika menghadiri rumah terbuka.

-- melakukan senaman ringan agar dapat membakar kalori berlebihan dalam badan. Berjalan kaki atau melakukan kerja di rumah pun sudah cukup," ujarnya.

syawal sihat, roselangkawi @ langkawi blaque villa homestay

          Langkawi Blaque Villa HomeStay
Welcome to Langkawi Blaque Villa HomeStay. It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience +6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com
Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..