Ramadhan dalam Syawal

Ramadhan di jentayu @ enstek
kata orang kampung, how time flies...sekejap saja masa berlalu, syawal dah separuh, Ramadhan dah juah meningalkan kita. ramai yang looking forward untuk a lot more celebrations to come; merdeka day, hari Malaysia dan Aidiladha!

sedang saya masih merindui Ramadhan...huhu...
cadang nak puasa 6 syawal masih belum terlaksana. emm kata rindu tapi membatu! apa kes, rose! iyelah, syawal ni masa merai, ke jamuan hari raya dsb.

doanya moga esok dapat kekuatan untuk laksanakan puasa 6 syawal. moga roh Ramadhan akan kekal di sanubari dan membuka paradigma ibadah yang di asuh Ramadhan lalu.

تقبل الله منا ومنكم 

Ramadahan dalam Syawal

Syawal menjelang lagi menandakan perginya Ramadhan yang selama ini kita rindui untuk hadir namun dia pergi juga, semuga kita berasa sedih kerana bimbang takut ianya tidak datang lagi dalam usia yang masih tidak ada jaminan melainkan dengan izin Allah jua.

Namun kesedihan perginya Ramadhan terubat jua kerana datangnya Syawal menandakan kita telah mampu melalui hari-hari Ramadhan dengan ;


1. Banyak beribadah di waktu malam seperti yang disunahkan khususnya utk bulan ramadhan.
2. Banyak Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
3. Banyak bersedekah kepada fakir miskin disamping telah menunaikan kewajipan berzakat.
4.Banyak bertadarus Al Quran dan cuba memahami isi kandungannya
5. Secara umumnya kita telah di sekolahkan oleh Ramadhan untuk menjadi insan yang lebih mulia dari segi rohani dan jasamaninya.

Ramadhan membuktikan kita mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, kerana itu apalah salahnya yang luar biasa itu terus menjadi amalan kita yang berterusan sepanjang tahun.

Ramadhan yang memberi kesan yang mendalam kepada rohani dan jamani pasti akan melahirkan kita sebagai graduan nya yang telah mendapat kelulusan takwa.



Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

Kepada semua pembaca
Salam iklas untuk  semua diucapkan 

Maaf Zahir & Batin.
 

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..