OOh Almond Caramel




Ramadhan lalu, tika semua orang bz cerita perihal kuih raya, ada sahabat yang bertanya.

pernah dengar tak kuih almond slice?
saya kata , tak pernah, jap saya google image,,
dapatlah tgk rupanya..macam sedap kata saya
nak order tak?
tambah kawan saya lagi...

perbincangan itu terputus dan saya tak order
entah ada iklan mana menyelit di tengah perbualan itu
lantas tak ter orderlah ceritanya

raya lalu, sempat saya rasa almond slice di rumah sepupu
ok...sedap je
tapi ada lagi sejenis
saya rasa di rumah mak sedara
nama dia almond caramel
saya rasa saya lebih suka yang ini!

almond slice nipis-nipis macam kertas
almond caramel tebal sikit je
kerangupan dan kemanisan yang seimbang itu..
tidak dapat digambarkan

time di rumah auntie, ramai yang pulun makan
saya malu2 jamah 2 keping almond caramel
al maklum, kuih di isi dalam balang..bukannya banyak
kang habis sebalang..
sian orang belakang ye tak?
adab di rumah terbuka,,bukan habiskan kuih..walaupun tuan rumah cakap

makanlah kuih, jangan malu-malu

perlu malu-malu ok?
jangan buat-buat tak malu pulak dek kuih/juadah yang sedap

satu lagi, saya kira kurang beradab dirumah terbuka ialah...
...tapau kuih/makanan!
janganlah berperangai macam tu
buat malu je

walaupun tuan rumah pelawa
sesedap mana pun juadah
serapat mana pun anda dengan tuan rumah, JANGAN lah tapau...
heeee sekadar renungan...

okey..lepas makan 2 keping almond caramel,
saya berniat..
lepas ni kene cari kuih ni!

lepas raya ...
cari punya cari..
nak jadi cerita,,tak jumpa la pulak almond slice dicari

orang dah tak jual kuih raya ke?
fikir saya...
di semua tempat jual kuih, almond caramel dicari tak dijumpai

sehinggalah semalam
di suatu tempat yg tidak diduga
almond caramel menjelma

bayangkan!
saya jumpa almond caramel di FARMASI!
saya beli bedak berubat
elok je almond caramel dalam balang empat segi
rangup berkilat lagi menggoda
..ada di atas kaunter..

untuk di jual ke?
tanya saya

ye kak!
jawab cashier!

apa lagi, saya ambil satu bekas..RM35 u...
tapi takpe..
asal jangan kempunan
ye tak?

saya google pagi ni..jumpa resepi di sini, mudah rupanya ye cara buatnya, tapi kan..lebih mudah makan!ngap!yummy...

mungkin one sweet day nanti saya boleh cuba buat sendiri. mana tau, dah tak jual, datang pulak mengidam, kenelah buat sendiri, ye tak?

saya tepek resepi di sini untuk yang nak cuba dan untuk rujukan masa depan.

oh almond caramel.....
sweetsfromtheheart


Resepi Crunchy Almond Caramel
 
Bahan-bahan
  • 100g almond slice
  • 100g biji labu hijau
  • 50g biji bunga matahari
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar bijan hitan dan putih

Cara-cara
  1. Bakar almond, biji labu,biji bunga matahari dan bijan sehingga rangup.
  2. Masukkan gula dan air kedalam kuali, masak sehingga gula keperangan.
  3. Masukkan semua bahan-bahan yang terlah dibakar kecuali bijan, gaul sekejap sebelum angkat.
  4. Letakkan diatas dulang dan tekan, potong ketika masih panas-panas.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..