resepi nasi goreng sahur nan syahdu...

ajieyshatiella 

memang jadi rezeki blogger masakan pada Ramadhan ni
mana tidaknya..
siapa yang tak fikirkan makanan pada bulan puasa ni kan
justeru, bukan saja banyak traffic blogger masakan dapat
kalau ramai yang dapat manfaat dari perkongsian resepi contohnya
maka...banyaklah pahala
banyak pahala.. digandakan lagi pada bulan mulia
ke syurgalah tempatnya..mudah-mudahan, amin

dalam menempah rahmat, pengampunan dan keberkatan
ada banyak jalan jadi pilihan
bak kata orang, kalau tak mampu buat semua
jangan pula tinggalkan semua

pada saya..istiqamah dengan apa yang kita ada dan mampu
sudah cukup baik
kalau mampu tambah, tambahlah dengan pelbagai ibadah

sebagai surirumah..
honestly speaking, kalau sayalah, rutin saya pastinya kerja pejabat,
balik rumah dan aktiviti rumahnya
kalau hujung minggu mungkin ada aktiviti di luar rutin sperti jalan-jalan atau shoping

jadi, Ramadhan ni, rutin tetap berjalan
cuma sebab nak kejar barokah Ramadhan, diselitkanlah dengan..
tadarus/dipejabat/group usrah saya, balik rumah mungkin malamnya boleh solat tarawih
dan ambil peluang tahajjud bila bangun sahur..ye tak
itu paling minimalah saya kira untuk diri sendiri
at least ada usaha..tak gitu

Ramadhan ini selain selitan aktiviti tadi
saya semacam berazam untuk upgrade rutin
kepada ...ibadah
supaya yang biasa jadi luar biasa
dari segi ganjaran pahalanya

jadi sebagai contoh
jika rutinnya memasak..
perlulah upgrade niatnya dulu
dan masakan pun perlu upgrade kualitinya

jadi, bulan puasa ni mari kita tackle hati orang yang kita sayang
dengan masakan...
suami, anak-anak dan seluruh keluarga
sebab menyedia dan beri orang makan/iftar pun dapat pahala tau..
jangan ingat soalt terawih je dapat pahala
apa saja yang dibuat lilla hi taala, dapat pahala, berganda pulak tu

hati rasa puas, walau tak lah pandai masak
tapi bolehlah dimakan
bila anak puji..
sedap mama masak....

dan di kala hening sahur..
encik suami puji
sayang nak makan nasi goreng ni ..macam cantik je..
(haaa deco je lebih....rasa bolehlah...bukan apa, nak galakkan dia bersahur, 
at least jamu mata ye tak)

selamat beribadah dan senyum selalu :)


resepi nasi goreng sahur nan syahdu...

2 cawan nasi
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 biji cili merah ditumbuk
8 ekor udang
 1s /b sos tiram
garam/gula secukup rasa
20 ekor ikan bilis/segenggam--digoreng garing
hirisan daun bawang
2 s/b minyak masak

tumiskan bawang putih dan cili
masukkan sos tiram, garam dan gula
gaul rata sehingga masak
masukkan udang dan gaul rata

masukkan 2 cawan nasi dan gaul sebati
masukkan ikan bilis
akhir sekali daun bawang
dan angkat

hidang dengan telur mata kerbau dan hirisan tomato

tak rugi, dapat puji, sahur ditepati ;)

salam sayang:
roselangkawi@langkawi blaque villa homestay
 



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..