Make Way For Ramadhan




Dalam perjalanan ke HUKM untuk appointment orthopedic Rania, membelah jem di pagi hari, kedengaran siren ambulan dari arah belakang. Encik suami di lane tangah dah bagi signal ke kiri dan kenderaan lain semuanya memberi laluan kepada ambulan tadi. Hati tiba berbunga kala menyaksikan aksi kebaikan sebegitu. Sungguh indah dan manis bukan? Walau hanya memberi laluan kepada ambulan..besar pahala tu. Moga kalian diberi Allah ganjaran dan syurgaNya..amin!

Seakan lorongan yang dibuat untuk beri lalauan ambulan, begitulah kita kala Ramadhan ini memberi laluan kepada fitrah Ramadhan. Bak kata omputih, make way for Ramadhan. Maknanya kita memberi ruang untuk amal kebajikan dan perkara yang baik-baik berlaku kala dan tika ini. InsyaAllah, yang baik juga akan diberi ganjaran. Bahasa mudah, pada Ramadhan ni, kita bagi “can” la untuk benda-benda baik, bukan susah pun..ye tak. Macam ambulan tadi, bila diberi laluan, smooth aje ia menempuh jem di jalanan, bayangkan bila jiwa kita memberi laluan dan lorongan untuk Ramadhan melalui jalan hidup kita yang pact..pasti akan smooth juga Ramadhan,kita pun untung,,

Jadi, lets make way for Ramadhan!moga lebih banyak jalan-jalan ibadah dan rahmat serta pengampunan Allah terbuka untuk kita. Mulakan dengan yang mudah seperti berlapang dada, ikhlas, redho dan walau hanya dengan sekuntum senyuman. Pass the kindness on…and on…
Selamat beramal di bulan mulia

Salam manis, roselangkawi @ langkawi blaque villa julai 2013

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..