Jelitakah Kita??



Mama cepat datang tengok...kata encik suami
terkocoh-kocoh saya datang depan tv dari dapur tengok berita tv3
ada berita wanita sanggup beratur 2 hari untuk beli tudung!
subhanAllah...
saya rasa nak menangis keharuan
sebenarnya saya pernah dengar kawan cerita tentang hal ni
tapi bila tengok visual, impaknya lebih hebat
di skrin tv nampak sekumpulan wanita berbaris sambil duduk
siap bawa anak lagi
dan suasana visual itu macam malam...

macam nak menangis!!
kagum sangat!
dengan wanita sebegitu
yang very firm dan bersemangat
mendapatkan tudung idaman kalbu
besar sungguh pengorbanan itu
kalau saya..saya tidak sanggup
apatah lagi saya tak mampu ..
untuk tudung ratusan ringgit yang bergemerlapan itu....

wanita memang sukakan kecantikan
nakkan tudung yang ikut trend, popular , terhad dan esklusif
saya cukup kagum!

saya cuba faham
tak dinafikan..tudung itu memang cantik
kain sifon berkualiti
design menarik
dan saya yakin, aset tudung idaman yang paling tinggi ialah..
bila kita pakai..terletak je kan?
awning tu yang pada saya yang berharga
sebab ada tudung yang saya beli
kainnya dah cukup ok tapi awning out..harga pulak mahal
justeru, saya faham, mengapa wanita-wanita tadi semacam gila dengan kegilaan masing-masing
teruskan jika anda rasa itu berbaloi ..itu spirit yang sangat positif


sentuh tentang menangis tadi
sebab saya tiba terlayang..
al maklum dah Ramadhan ni
saya cuma bayangkan
jika sya ditempat wanita tadi
yang tergilakan rahmat Allah di bulan mulia
sanggupkah saya berkorban sedemikian rupa?
oh wanita,,pinjamkan daku semangatmu!
supaya daku boleh juga berbaris
bukan untuk dapat tudung terlaris
tapi untuk dapat Rahmat Allah yang tidak pernah habis

supaya kita tidak hanya nyata jelita di sini, malah di sana juga...
Ramadhan kareem!

Comments

  1. arrrh KNj pun tak belilah tudung raya utk taun ni..masa x mengizinkan...kalau pakai yg last year punya pun x dak sapa perasan kan...hihi safe budget!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang mungkin tak perasan, tapi kita akan perasan sendiri tapi yang penting, bersih dan cantik, ye tak? tapi best jugak kalau dapat satu tudng baru kan? berbunga rasa hati di pagi raya gitu...heheheh

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..