dunia dan seluruh isinya...

krazl.com

wah...
bentuknya bulat
sangat memikat
rasanya pula hebat
 
warna hijaunya menggoda
ditaburi kepulan parutan putih kelapa
macam diselaputi salju
menikam kalbu...

bila masuk mulut
pop! isinya yang manis gula melaka
macam meletup rasa dalam mulut 
sedap bukan?

itulah nikmat buah melaka dan seluruh isinya
tambah nikmat berbuka bagi yang berpuasa
justeru, kita terus makan,,lagi dan lagi sampai kenyang
dek tidak tahan akan kecumelan dan kesedapannya

nah, begitulah dianalogikan
bila seluruh buah melaka dan isinya menjadi santapan

mahukah kita jika Allah memberikan..
seluruh dunia dan segala isinya kepada kita?
mesti mahu bukan?
pasti nikmatnya tidak terkata

mudah sahaja...
caranya ialah..SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
 

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..