Allah nak bagitahu.....


Mengimbau detik jerebu sedikit hari lalu bersama anak-anak yang kemas bertopeng dibeli encik suami.

mama tak pakai topeng ke..tanya Surayya
japg mama pakai..
(nak bertopeng pun tak sempat, sebab bersilat dengan my 3 kids, sebab tu dalam plane dah ada notis, bila kecemasan, mak dulu yang kena pakai topeng sebelum pakaikan orang lain topeng...huuu)

jerebu tu apa mama..tanya iman pulak
tula..yang kakak nampak macam blury tu jerebulah tu..
macam kat genting kan mama..tanya iman lagi (huuuu)
tak..yang kat genting tu kita panggil kabus...
yang jerebu ni asap...kata saya

ooooooo....macam fahamlah gamaknya
tapi kan...saya tambah
jerebu ni tak baik untuk kesihatan...
bahayakan pernafasan
sebab tu kena pakai topeng...

oooooooo;;;lagi kata Iman
emmmm bila hujan, oklah sikit nanti...saya mengomel lagi

kenapa?...adui tanya lagi
sebab bila hujan turun, hujan akan basuh udara kotor tuh...
(oklah kan..ayat bagi budak-budak paham)

emm kita kena doa supaya hujan turun...
sebab Allah yang bagi hujan..saya bagi tazkirah

oooooo..surayya mencelah
Allah nak bagitahu lah tu..

erk? bagitau apa kak ngah? tanya saya
Allah nak bagitahu lah yang Hujan tu Dia yang bagi!

mudah kan moral jerebu ni? budak-budak pun pandai!
kadang kita leka, hingga nikmat hujan pun kita lupa
yang lebih penting, hujan itu memang daripadaNya!
dan lagi maha luas nikmat Allah pada kita...

Allah Ta’ala berfirman,

وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِنْ بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُ وَهُوَ الْوَلِيُّ 
الْحَمِيدُ
Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28).
 
moga kira senan tiasa dihujani rahmat Allah, amin!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..