Posts

Showing posts from July, 2013

Ziarah mahabbah amal Ramadhan 1434H

Image
ZIARAH MAHABBAH AMAL RAMADHAN DI RUMAH JAGAAN DAN RAWAT (ROT PUCHONG) "RAMADHAN MISSION : WE SHARE, WE CARE”

29hb. Julai 2013/20 Ramadhan 1434/Isnin
Rumah Jagaan dan Rawat (ROT Puchong), No.34, Jalan 6/23, Taman Putra      Perdana, 47100 Puchong, Selangor. Tel:03-8319 5094, 016-6786 364. “Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24) 
9;30 pagi bertolak ke ROT Puchong (bas KUIS)  tiba di ROT Puchong dan sesi angkat barang sumbangan



 sessi set-up token berupa cenderahati KUIS, kain batik/pelikat dan toiletries
 antara barang infaq/sumbangan yang terkumpul: makanan, pakaian, alatan, hamper, diaper dsb.  terima kasih bagi yang menyumbang.
 pengarah PPT, Ybhg Ustaz Muhammad Fairooz Fathillah turut hadir

For Sale:Iran Peanut Barley Candy RM20 x 52pcs

Image
Iran Peanut Barley candy
Original flavor
52 pcs
RM20 Contact Rose 012 331 3020 (free delivey for Klang Valley & Seremban)



Iran Peanut Barley candy
Coffee flavor
52 pcs
RM20 Contact Rose 012 331 3020 (free delivey for Klang Valley & Seremban)

1000 bulan...

Image
Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/
Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : 
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) . 
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :- 
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-  انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim) أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره Ertinya : " Apabila telah ma…

Separuh Sudah...

Image
kalau RV macam ni separuh.. maknanya, dah separuh dah habis dan tinggal hanya separuh lagi
ada juga dipanggil setengah.. apa pun separuh dah habis.. tinggal lagi separuh


ibaratnya macam nilah Ramadhan tahun ni.. dah habis separuh tinggal separuh lagi
ada yang gembira.. sebab maknanya dah nak raya! buktinya.. sekarang kita dah mula bz dengan kuih raya sedang 10 terakhir Ramadhan.. peluang makin melimpah ruah terbuka!
jom kita manfaatkan Ramadhan yang lagi separuh mana tahu..ini Ramadhan terakhir... kalau tak mampu buat semua.. jangan pula kita tinggalkan semua buatlah yang terdaya.. asalkan menjadi ibadah...
mari menuju pintu kebaikan...
Daripada Muaz bin Jabal r.a., Nabi s.a.w bersabda: * “Tidakkah kamu mahu akutunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung, sedekah
memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada
penghujung mala
m.”* (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

dunia dan seluruh isinya...

Image
wah... bentuknya bulat sangat memikat rasanya pula hebat warna hijaunya menggoda ditaburi kepulan parutan putih kelapa macam diselaputi salju menikam kalbu...
bila masuk mulut pop! isinya yang manis gula melaka macam meletup rasa dalam mulut  sedap bukan?
itulah nikmat buah melaka dan seluruh isinya tambah nikmat berbuka bagi yang berpuasa justeru, kita terus makan,,lagi dan lagi sampai kenyang dek tidak tahan akan kecumelan dan kesedapannya
nah, begitulah dianalogikan bila seluruh buah melaka dan isinya menjadi santapan
mahukah kita jika Allah memberikan.. seluruh dunia dan segala isinya kepada kita? mesti mahu bukan? pasti nikmatnya tidak terkata
mudah sahaja... caranya ialah..SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah …

Resepi Ramadhan 3 Rasa

Image
Ramadhan saban tahun memang ada 3 rasa rasa yang pertama ialah rahmah
kedua...keampuanan dan ketiga...pembebasan dari api neraka
Resepi Ramadhan 3 rasa
niat puasa pada malamnya qiamullail sepertiga malam solat sunat taubat solat sunat tahajjud soalt sunat hajat melewatkan bersahur solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh solat subuh 2 rakaat tadarus al-Qur'an solat sunat dhuha solat Zuhur, Asar dan Maghrib menyegerakan berbuka/iftar solat isyak solat sunat tarawih
selamat berbuka: kurangkan juadah, tambahkan ibadah!

Make Way For Ramadhan

Image

resepi nasi goreng sahur nan syahdu...

Image
memang jadi rezeki blogger masakan pada Ramadhan ni mana tidaknya.. siapa yang tak fikirkan makanan pada bulan puasa ni kan justeru, bukan saja banyak traffic blogger masakan dapat kalau ramai yang dapat manfaat dari perkongsian resepi contohnya maka...banyaklah pahala banyak pahala.. digandakan lagi pada bulan mulia ke syurgalah tempatnya..mudah-mudahan, amin
dalam menempah rahmat, pengampunan dan keberkatan ada banyak jalan jadi pilihan bak kata orang, kalau tak mampu buat semua jangan pula tinggalkan semua
pada saya..istiqamah dengan apa yang kita ada dan mampu sudah cukup baik kalau mampu tambah, tambahlah dengan pelbagai ibadah
sebagai surirumah.. honestly speaking, kalau sayalah, rutin saya pastinya kerja pejabat, balik rumah dan aktiviti rumahnya kalau hujung minggu mungkin ada aktiviti di luar rutin sperti jalan-jalan atau shoping
jadi, Ramadhan ni, rutin tetap berjalan cuma sebab nak kejar barokah Ramadhan, diselitkanlah dengan.. tadarus/dipejabat/group usrah saya, balik rumah mungkin malamnya bo…