The Recipe Is NOT Secret!


Biasanya masakan, jika sedap, kita pasti akan tanya, apa resepinya?
tuan resepi mesti jawab: eh rahsia...

kadang bila dapat resepi..
bila buat, asik tak jadi,,
macam ada yang tak cukup atau terlebih
atau ada yang tak kena

tapi saya tabik KNJ..
blogger masakan yang sangat humble
resepinya mudah,sedap dan wallah! 

bila tengok entri tentang kek kukus mudah
saya tidak percaya ia semudah itu!
saya komen di blog KNJ dan innocently asked about sumthing
surprisingly KNJ answered in very delighting manner!
saya sungguh terharu..

lantas saya cuba try test buat ikut resepi KNJ
ini hasilnya!
terima kasih KNJ
moga anda dirahmati selalu...



KEK COKLAT KUKUS MUDAH

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x

Cara memasak..
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping mudah

1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sb butter (KNJ tambah)
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Selamat mencuba

resepi copy paste dari sifu:KNJ 

salam manis:roselangkawi @ langkawi blaque villa homestay

Comments

  1. dear ros...tq cuba resepi ni..memang cukup simple n sedap..n tq atas doa ros tu..moga2 apa yang kita tulis dan paprkan dlm blog boleh memberi manfaat kpd org lain! ^_^

    ReplyDelete
  2. ye betul, apa yang lebih bermakna daripada ilmu yang dimanfaatkan kn?seronok berkongsi dan menuai pahala. keep sharing sifu! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..